Apa reaksi anda apabila melihat binatang yang berkepala manusia.Itulah balasan Allah pada manusia yang ingkar pada suruhannya.Malam tadi mak aku bercerita pasal orang yang mengamalkan ilmu yang salah pada sisi islam.Orang yang mengamalkan ilmu salah itu itu mendapat balasan daripada Allah dengan menjadi babi.Ceritanya bermula orang itu mengamalkan ilmu itu untuk melakukan pencurian,tetapi nak dipendekkan cerita,pemuda yang melakukan jenayah itu tertangkap semasa membuat jenayah itu..Jadi pemuda itu lari lintang pukang untuk melepaskan diri.Pemuda itu lari memasuki sebuah surau di kampungnya dan Allah mahu menunjukkan kebesarannya,Allah telah menukarkan jasad pemuda itu menjadi seekor babi tetapi berkepala manusia.Jadi,orang kampung mengepung pemuda yang telah bertukar rupa itu.Sebahagian penduduk kampung memanggil ketua kampung untuk menembak binatang berkenaan.Apabila ketua kampung sudah datang ke tempat kejadian tersebut,ketua kampung itu mahu menembak binatang tersebut.Jadi diangkat kepala binatang itu,ternyata binatang tersebut ialah pemuda yang melakukan kecurian tadi.Terbatallah niat ketua kampung tadi untuk menembaknya dan dilepaskan ketempat lain.
Kesimpulannya janganlah mengamalkan ilmu yang mensyirikkan Allah subhanAllahu wataala.
Wednesday, February 16, 2011
Monday, February 14, 2011
Harinya sudah tiba...
Harinya sudah tiba.Hari valentine yang diagungkan oleh manusia yang sedang berkasih-kasihan ditunggu penuh sabar sepanjang tahun.Bagi mereka yang bercinta,inilah hari untuk meraikannya.Dan esok adalah hari kelahiran nabi dan rasul sanjungan kita,Nabi Muhammad.Jika kita merasa kita masih beriman,lebih baik kita katakan tidak untuk menyambut hari valentine's.Kerana hari inilah banyak terjadi perlakuan zina disebabkan terlalu obses terhadap hari valentine's.Berlaku juga kerosakan iman kerana menyambut kononnya perjuangan paderi kristian yang memperjuangakan cinta hingga menyebabkan paderi itu dihukum mati.Kesimpulannya,tepuk dada tanyalah diri anda sendiri.
dari sekeping hati yang kecil...
dari sekeping hati yang kecil...
Sunday, February 13, 2011
Hari Valentine's
Aku tak tahu remaja yang sebaya dengan aku terikut-ikut dengan budaya orang kafir.Aku rasa yang terikut tu bukan yang bodh tentang agama.Tak tahu nak cakap apa.Bila ditegur mereka cakap "bajet je...macam baik sangat...".bila dah dicakap macam tu rasa macam malas nak tegur lagi.Ada yang ber'couple la,padahal couple tu haram pada sisi islam dan esok Valentine's Day.Aku menyeru remaja sekalian tak terikut-ikut denga budaya kaum kristian ini.Kerana Allah telah berfirman:
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Kenapa kita mahu menafikan kalam Allah yang suci ini.Sekiranya anda rasa ada lagi sisa-sisa iman yang tinggal,tinggalkanlah budaya,fesyen yang tidak menepati pemakaian secara islam.Kiranya ada lagi sisa-sisa iman pada diri,berusahalah untuk meningkatkan iman dengan amal ibadah dan kebajikan.Bersamalah kita jauhkan diri kita daripada menyambut Hari Valentine's untuk menhindarkan kita tergolong bersama mereka yang menderhaka kepada Allah iaitu yahudi dan nasrani.
Wa Allahu Alam.....

Subscribe to:
Posts (Atom)