Wednesday, March 21, 2012

Mujahadah

Assalamualaikum....
Dewasa ini, kita perlu banyak bermujahadah kerana persekitaran atau suasana disekeliling kita tidak mengizinkan diri dan hati kita mengamalkan Islam yang sebenar. Cuba kita berjalan-jalan di pasar malam ataupun pusat membeli belah dan memakai kopiah, di situlah tempatnya kita dipandang serong kerana di situlah
ramai yang memakai pakaian yang tidak mematuhi hukum syar'ie dan daripada pandangan mereka, tempat seperti itu bukanlah tempat untuk tok lebai, pak haji, tok imam, ustaz dan seumpama yg lain. Di sini kita boleh melihat bahawa mereka ini semua telah terbelakang daripada syiar Islam kerana diri mereka sendiri yang menjauhkan diri daripada ajaran Islam. Di sinilah tanggungjawab kita sebagai manusia yang "celik" agar membawa mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kita sebagai orang yang mengaku Islam perlu mengzahirkannya dengan berpakaian yang menutup aurat dan jikalau mampu, bagi lelaki bolehlah memakai kopiah jika pergi ke mana-mana dan wanitanya pula boleh mengamalkan untuk memakai purdah. Kita tidak perlu merendah diri dan malu kerana berpakaian Islamik, bahkan kita perlu berbangga dengannya kerana Allah. Adapun jika kita merendah diri dan malu, itu lebih baik kerana boleh menjaga hati kita daripada membuat maksiat.


#Tujuan saya menulis ini bukan untuk mengutuk orang yang jahil tetapi hanyalah untuk ingat-mengingati antara satu sama lain. Jikalau saya ada salah dengan gaya bahasa yang saya gunakan, harap dimaafkan.


Wassalam...