Sunday, April 7, 2013

Bersihkanlah!

Apa sebenarnya yg hendak dibersihkan? Ia adalah hati kita. Di dalam bahasa arab hati disebut sebagai qolbun yg bermaksud berbalik-balik. Kenapa ia di panggil berbalik-balik? Kerana hati adalah satu bahagian anggota dalaman yg paling unik dan kompleks untuk dikawal. Ia bertindak sebagai pengarah dalam badan kita yg selalu membolak-balikkan fikiran kita dalam membuat suau keputusan. Untuk membersihkan hati, tidak dapat tidak kita mesti belajar ilmu tasawuf yg sememangnya ilmu ini antara ilmu yg wajib untuk dipelajari oleh semua muslimin. Dengan ilmu ini kita mengetahui tentang kesilapan hati kita atau istilah yg digunakan dalam tasawuf "penyakit hati". Antaranya adalah cinta kepada dunia yg ianya adalah penyakit yg paling besar kerana maksud hadis " cinta kepada dunia itu kepala semua kejahatan". Antara lainnya adalah riak, kibir( takabbur), hasad dengki, ujub dan banyak lagi yg disenaraikan oleh ulama' tasawuf. Ini adalah antara fungsi atau mabadi ilmu tasawuf.
Ilmu tasawuf juga berkait dengan amalan seseorang itu adakah amalan diterima oleh Allah atau tidak. Tasawuf juga menunjukkan kita kepada jalan menuju Allah dan amalan yg paling baik atau afdhal adalah zikir dan zikir yg paling bagus adalah la ilaha illa Allah. Ulama' tasawuf membahaskan tentang kalimah ini dengan panjang lebar. Antara kelebihan zikir ini ialah ia dapat menghakis atau membuang sifat mazmumah atau jahat di dalam hati kita dengan cara zikir yg tertentu yg diberikan oleh guru. Kesinambungan ilmu tasawuf pada diri kita adalah dengan mengambil baiat tariqat. Hukum mengambil baiat tariqar adalah wajib dan pendapat yg mengatakan wajib ini adalah pendapat yg kuat. Terdapat 40 tariqat yg muktabar dan antara tariqat yg terkenal dan yg ramai pengikut di Malaysia adalah Ahmadiah, Naqshabandi dan Syatariah. Pengikut Tariqat Ahmadiah ramai di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan pengikut Tariqat Naqshabandi ramai di Selangor, Pahang dan sebahagiannya di Perak dan pengikut Tariqat Syatariah pula berada di Kedah. Zikir-zikir tariqat ini dapat menghakis karat-karat di hati kita yg mungkin telah bertapak terlalu lama pada hati kita. Dengan zikir ini, Allah mencampakkan pula sifat mahmudah atau yg baik ke dalam hati dan menolong diri kita untuk mengingati Allah sepanjang masa.
Setakat ini sahajalah pengenalan tentang tasawuf.
WALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment