Wednesday, November 30, 2011

Kenalkah Kita Kepada Mereka?

Kenalkah kita kepada mereka yang bernama Ulama'. Saya mohon kehadrat Allah supaya kita semua mengenali ulama'-ulama' agar kita mengikut disiplin-disiplin atau aturan-aturan yg sudah mereka tetapkan.
Saya mahu bertanya sedikit kepada pembaca yg dihormati, adakah kita mengenali nama-nama ulama' lebih banyak daripada nama-nama artis di luar sana? Sudah tentu kita sebagai orang awam lebih banyak mengenali artis-artis jika dibandingkan ulama'. Ini kerana hati kita sedang jauh dari Islam itu sendiri bukan kerana pendakwah di luar sana malas bahkan pendakwah-pendakwah di luar sana telah berusaha untuk menyampaikan mesej-mesej berbentuk nasihat dan untuk mengenalkan tokoh-tokoh ulama yang silam mahupun yang baru.

                                         Al-Habib Umar bin Hafidz HafidzahuLlah Al-Yamani
                                                     Ulama' Keturunan RasuluLlah S.A.W

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk mencerca golongan yang tidak berusaha untuk mengenali golongan Ulama' ini, tetapi hanyalah untuk menyedarkan dan untuk menjadi peringatan untuk diri saya dan anda semua. Ini kerana pada pemerhatian saya sendiri, golongan belia mahupun yang tua sudah menjauhkan dari ajaran itu sendiri. Contoh perbuatan mereka itu seperti hanya datang ke masjid seminggu sekali untuk solat jumaat, menyibukkan diri untuk tidak menghadiri pengajian, kuliah ataupun ceramah di masjid mahupun di tempat lain dan contoh lain yang boleh anda fikir dan bayangkan sendiri. Sekurang-kurangnya kita jadilah golongan yang mencintai orang yang mencintai ilmu, itupun sudah cukup kerana selain golongan tersebut sudah menjadi golongan yang rugi seperti yang ada di dalam hadith RasuluLlah S.A.W:

Daripada Abu Bakrah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya:
"Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengar pelajaran agama, ataupun orang yang mencintai(tiga golongan tersebut) dan janganlah engkau (daripada) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
-Riwayat Al-Bazzar-

Dari hadith di atas, bolehlah kita faham secara ringkas bahawa pentingnya kita berada di dalam jemaah orang-orang yang mencintai ilmu kerana disebabkan itu boleh mendapat kesejahteraan seperti yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W.  di dalam hadith di atas tadi.


Akhir kata, cintai orang yang mencintai ilmu walaupun diri kita tidak mampu untuk berbuat demikian dan cubalah ceburkan diri anda dalam jemaah yang baik lagi memimpin kita ke arah kebaikan di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment