Wednesday, June 6, 2012

NERAKA

Berkata Jibril a.s: Pintu ke-7 neraka (Jahannam) itu khas untuk umat Nabi Muhammad s.a.w yang berbuat dosa. Kemudian Nabi s.a.w pengsan.

Di neraka itu terdapat ular dan kala jengking yang dicipta dari api dan tubuhnya sangatlah besar. Sekali dipatuk atau disengat oleh keduanya, maka akan menjalarlah bisa itu dalam badan ahli neraka selama 70 tahun..

Rantai neraka itu dimasukkan dari dubur ahli neraka dan keluarnya pada mulut dan penghuninya dibakar sehingga hancur kulitnya, kemudian ditukar kulit yang baru dan dibakar lagi.

Di neraka itu ada satu penukul yang sangat besar, dikatakan jika penukul itu dihentakkan kepada bukit, maka hancur leburlah bukit itu. Begitulah jua yang akan dirasai oleh ahli neraka, kepala mereka diketuk sehingga hancur dan kemudian dielokkan kembali dan dipukul lagi.

Dalam Neraka Hawiyah terdapat satu telaga dinamakan 'Habab', neraka-neraka yang lain memohon pada Allah supaya tidak terkena api dari 'Habab' ini kerana ia tersangat panas. Mereka yang tinggal dalam telaga 'Habab' ini adalah mereka yang lawan Allah, lawan Rasul, lawan Islam, lawan hukum hakam Allah, dan siapa yang masuk ke dalamnya takkan keluar selamanya.

Dibelenggu (diikat/digari/dirantai) tangan ahli neraka itu kepada tekaknya, dan tengkuk mereka dibelenggu kepada kaki.. Dibakar mereka dari atas dan bawah dengan api neraka, diberi mereka minum air dari tembaga yang panas, maka hancurlah segala bibir, mulut, tali perut dan tubuh mereka..

Didatangkan neraka Jahannam itu bersama 70,000 saf (lapis) malaikat sekelilingnya. Tiap-tiap saf itu jumlah malaikat lebih ramai dari jin dan manusia. Tiap-tiap malaikat itu menarik besi yang dimasukkan ke dalam mulut ahli neraka dengan kasarnya untuk mengheret mereka ke neraka.

Dirantai dan dibelenggu setiap manusia berdosa itu dengan syaitan dalam satu rantai yang sama, lalu ditarik oleh Malaikat Zabaniyah rantai itu lalu jatuh muka mereka ke tanah dan diheret mereka masuk ke neraka.

Mata ahli neraka itu berwarna biru dan muka mereka hitam, kecuali orang2 beriman yang muka mereka cerah kerana mereka beriman kepada Allah namun punya dosa kepada Allah.

Nota:
- diambil dari terjemah kitab oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dalam kuliyah tajuknya "banduan neraka".
- gambar hiasan (neraka itu adalah perkara ghaib, hanya Allah sahaja mengetahui rupa sebenarnya)

No comments:

Post a Comment