Saturday, November 26, 2011

Contoh Penjajahan Barat Ke Atas Umat Islam

Kosmo! Sabtu 26 November 2011
Budaya Barat berkembang di Baghdad.
Baghdad - Selepas lebih lapan tahun berada di Iraq, askar-askar AS banyak meninggalkan legasi kepada belia Iraq termasuk mizuk rap, tatu dan slanga inggeris.
Seorang pemuda Iraq yang dikenali sebagai Lil Czar Mohammed mengaku terpengaruh dengan budaya barat dan amat meminati muzik rap." Mungkin orang lain akan berhenti meminati muzik rap selepas tentera AS meninggalkan Iraq sepenuhnya pada 31 Disember depan," kata pemuda berkenaan.
"Namun saya akan meneruskan aktiviti muzik rap sehingga saya sampai ke New York ," tambahnya.
Pemuda berusia 22 tahun itu memakai baju T besar yang dipadankan topi dan kasut sneaker ketika menunjukkan gayanya menari rap di sebuah taman di sini.
Penasihat Kanan Kedutaan AS di Iraq, Brad McGurk memberitahu, sejumlah lapan juta bayi atau satu perempat populasi Iraq lahir sejak Barat yang diketuai AS menceroboh Iraq pada 2003.
Generasi muda tersebut meniru gaya Barat dengan memakan burger dan pizza serta bermain kasut lereng.
Mereka meminati fesyen Barat, mendengar muzik rap seperti 50 cent dan Eminem serta menonton filem Hollywood seperti filem pontianak Twilight. -AP


Artikel ini bukan berniat untuk menghina remaja-remaja di Iraq, tetapi saya highlightkan perkara ini kerana mahu kita yang beragama Islam ini mengambil iktibar atas perkara yang berlaku di luar sana. Perkara ini saya lihat boleh melarat seperti yang berlaku di Malaysia sendiri yang berlaku kerosakan Akhlak atau Moral. Suatu ketika dulu Iraq yang dikenali sebagai Pusat Tamadun Dunia Islam merangkumi pemerintah,pusat ilmu dan lain-lain tetapi kini sudah tercemar dek kerana penjajahan Kafir LaknatuLlah AS dan sekutu-sekutunya. Jadi, saya mahu kita muhasabah diri dan memikirkan apa komplikasi yang akan berlaku di dalam jangka pendek dan panjang.
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini.

WaAllahuA'lam........

No comments:

Post a Comment