Daripada Ka’ab bin Malik R.A, daripada
Nabi Muhammad S.A.W, sabdanya:”Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan
bermegah-megah menandingi alim u’lamak dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan
bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil denga ilmunya itu,
ataupun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang yang ramai
memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”
(Hadith
Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hadis ini mengingatkan agar penuntut-penuntut ilmu supaya
jangan bertujuan selain dari mentaati Allah serta mengharapkan keredhaanNya.
Huraiannya:
Dalam hadis ini,RasuluLlah S.A.W menyatakan bahawa, tiga
perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan untuk menuntut ilmu Agama:
1. Bermegah-megah dalam menandingi A’lim U’lamak
2. Bertengkar dengan orang yang jahil tentang ilmu Agama
3. Untuk mendapat pujian orang ramai
Barangsiapa yang menjadikan salah satu dari tiga perkara
yang tersebut di atas sebagai tujuan dalam mempelajari ilmu Agama, maka amatlah
buruk balasannya,kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja
merosakkan dirinya sendiri bahkan merosakkan agama Allah yang dibawa oleh
RasuluLlah S.A.W. Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana, ada
orang-orang yang mempelajari ilmu Agama tetapi perbuatannya memburukkan imej
Islam itu sendiri. Ada juga yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam
yang dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukanlah tujuannya, walhal tujuan
tunggal untuk menuntut ilmu Agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah
Ta’ala dengan mengerjakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
WaAllahu A’alam.
Kitab Mustika Hadis RasuluLlah S.A.W
Jilid Pertama
Bab Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Ilmu dan Amal
Hadis yang ke-34
(M/S) 114
No comments:
Post a Comment