Friday, August 24, 2012

Kelebihan Selawat


Selawat adalah satu cara mendekat diri kepada Allah S.W.T. Selawat juga adalah satu cara untuk kita menenangkan hati kita yg selalu berbolak balik seperti  air yg sedang mendidih seperti mana sabdaan Habibuna Muhammad S.A.W yg mafhumnya:” Tenangkanlah hatimu yg selalu bergolak seperti air yg sedang mendidih dengan berzikir.”
Jadikanlah selawat sebagai amalan harian kita walaupun di mana kita berada kecuali di tempat yg disifatkan kotor oleh Islam seperti tandas atau lainnya. Antara kelebihan selawat dengan zikir adalah kita boleh berselawat di semua keadaan samada semasa berbaring, berjalan, duduk, berdiri atau lain-lain pergerakan kita seharian berbanding dengan zikir kerana berzikir memerlukan keadaan tertentu untuk melakukannya seperti kita perlu duduk, berwuduk dan menjaga adab ketika berzikir.
Selawat juga adalah amalan yang terpenting untuk berjalan menuju Allah S.W.T kerana Habibuna Muhammad S.A.W adalah hijab terbesar antara kita dengan Allah S.W.T. Seperti yang pernah guru saya berkata “ seorang salik( orang yang menuju kepada Allah) tidak akan Berjaya sampai kepada Allah jikalau tidak memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda adalah hijab terbesar Salik dengan Allah” , itu untuk golongan yang mengambil tariqat tetapi kita sebagai orang awam ini perlu juga untuk memperbanyakkan berselawat sebagai ganti kepada istighfar dan selawat juga dibaca untuk melembutkan hati yang keras, menenangkan hati yang berbolak-balik dan juga sebagai cara untuk mendapat syafaat Habibuna Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Bersabda Baginda “ Barangsiapa yang berselawat kepadaKu 100 kali sehari nescaya Allah akan memperkenankan 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat. Berselawatlah kita kerana Allah dan semua makhluk juga berselawat kepada Baginda kerana apabila kita berselawat 1 kali, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali dan Allah berselawat kepada kita di sini bermaksud Allah memberi rahmat kepada kita. Alangkah bahagianya kita kerana kita boleh meraih rahmat Allah dengan begitu mudah dan celakalah bagi mereka yang tidak mahu berselawat kepada Baginda walaupun disebutkan Nama Baginda S.A.W seperti mana sabdaan Baginda S.A.W “ Orang yang sebenar-benar bakhil adalah orang yang disebutkan namaku disisinya, tidak berselawat ke atasKu” . Berselawatlah walaupun ketika terbaca perkataan ”Muhammad” pada majalah, buku atau bahan bacaan yang lain.
Mungkin ada pemuda  yang berkata “ orang tua bolehlah amal…..kami orang muda, kami aktif, macam mana hendak beramal??? ” . Anda juga boleh berselawat ketika ber”facebook”, twitter, ketika bermain futsal dan aktiviti yang lain. Jangan anda berpening kepala kerana Islam itu adalah cara hidup bukan hanya pada bab beribadah saja.
Akhir kata, hidupkan hati kita dengan berselawat.
 ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD

Jikalau ada kekurangan tentang tulisan ini harap dimaafkan...
Al-Faqir

Friday, August 3, 2012

7 Keistimewaan Lailatulqadr


1. Bulan diturunkannya AlQuran/syahrulQuran (al-baqarah 185) dan seluruh kitab samawi diturunkan pd bulan Ramadhan seperti shuhuf Ibrahim mlm pertama,Taurat mlm ke 6,Injil mlm ke 13,Zabur pd mlm ke 18,begitu pula alQuran diturunkan pd bulan Ramadhan

2.Pada bulan Ramadhan pintu Surga dibuka, pintu neraka ditutup rapat2,dan syetan2 dibelenggu.

“Bila datang malam pertama bln Ramadhan mk setan dan jin dibelenggu pintu2 neraka ditutup sehingga tdk satupun dibuka pintu surga dibuka sehingga tdk ada satupun yang tertutup

3.Pada bln Ramadhan terdapat Lailatul Qadar (mlm lbh baik dari seribu bulan= 83 thn kalau kita beribadah) “pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya berarti ia telah benar-benar terhalang (H.R. Ahmad).

4.Pada bln ini semua pahala dilipat gandakan yang wajib jadi 70 kali lipat,pahala sunat seperti wajib, umroh Ramadhan bernilai haji bersama Rasulullah saw dng sempurna, dan shadaqah paling utama di bulan Ramadhan.

5.Bulan penghapus dosa/syahrulmaghfira

“Antara shalat 5 waktu,dari jum’at ke Jum’at, dan dari Ramadhan ke Ramadhan dapat menjadi kifarat penghapus dosa” Rasulullah saw bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan karena mengharap pahala di sisi Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampuni’”(mutafaqun alaih)

6. Bulan pembebasan dari api neraka

Rasulullah saw bersabda ” Allah swt membebaskan orang2 beriman dari pedihnya siksa neraka dan hal itu berlangsung setiap malam (HR.Tirmidzi)

7. Bulan Kesabaran.

“Puasalah kalian pd bulan kesabaran/Ramadhan” Shaum itu setengah kesabaran dan sabar setengah keimanan.


Rasulullah saw bersabda :”Ketika Ramadhan, ummatku diberikan lima hal yang belum pernah diberikan pada umat-umat sebelumnya :

1.Disisi Allah,bau mulut orang yang shaum lebih harum dari wanginya misk

2.Para Malaikat beristighfar untuk mereka hingga waktu berbuka

3.Allah swt memperindah surga-Nya setiap hari, seraya berfirman kepadanya ;”hampir-hampir para hamba-Ku yang shaleh akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali padamu/surga.” (Ya Rabb jadikan kami termasuk penghuni surga-Mu)

4. Setan-setan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bebasnya mereka menggoda dalam bulan-bulan selain Ramadhan

5. Orang yang shaum akan memperoleh ampunan di akhir malam. Kemudian ada shahabat yang bertanya “wahai Rasulullah saw, apakah ampunan itu terjadi pada malam LailatulQadar?” Maka Rasulullah saw menjawab “tidak, karena pelaku kebaikan akan disempurnakan/diberikan pahalanya sesuai menyelesaikan amal perbuatan.

WaALLAHu’alam.

Ahmadhasif.com


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani
secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . 
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . 

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . 

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . 

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . 

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .                                                        
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

5 Perkara Yang Wajib Disegerakan


Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:

PERTAMA, Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.

KEDUA, Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

KETIGA, Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untukmengahwinkannya.

KEEMPAT, Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.

KELIMA, Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.


Amalan Pemakanan Yang Baik


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.



Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)



CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 



* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.



*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.



Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:



1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.



2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.

http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html





4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php

Sihat Ikut Sunnah

Lapar Rasulullah S.A.W.


Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata:

"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:

"Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:

"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:

"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:

"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:

"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:

"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan