Dari Hatim Al-Asam:
'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia
turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:
PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu,
WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk
menyiapkan perkuburan bagi
mayat tersebut.
KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untukmengahwinkannya.
KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk
membayarnya kembali tatkala sampai
masanya.
KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah
dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan
memohon keampunan daripada-Nya.
No comments:
Post a Comment