Friday, August 24, 2012

Kelebihan Selawat


Selawat adalah satu cara mendekat diri kepada Allah S.W.T. Selawat juga adalah satu cara untuk kita menenangkan hati kita yg selalu berbolak balik seperti  air yg sedang mendidih seperti mana sabdaan Habibuna Muhammad S.A.W yg mafhumnya:” Tenangkanlah hatimu yg selalu bergolak seperti air yg sedang mendidih dengan berzikir.”
Jadikanlah selawat sebagai amalan harian kita walaupun di mana kita berada kecuali di tempat yg disifatkan kotor oleh Islam seperti tandas atau lainnya. Antara kelebihan selawat dengan zikir adalah kita boleh berselawat di semua keadaan samada semasa berbaring, berjalan, duduk, berdiri atau lain-lain pergerakan kita seharian berbanding dengan zikir kerana berzikir memerlukan keadaan tertentu untuk melakukannya seperti kita perlu duduk, berwuduk dan menjaga adab ketika berzikir.
Selawat juga adalah amalan yang terpenting untuk berjalan menuju Allah S.W.T kerana Habibuna Muhammad S.A.W adalah hijab terbesar antara kita dengan Allah S.W.T. Seperti yang pernah guru saya berkata “ seorang salik( orang yang menuju kepada Allah) tidak akan Berjaya sampai kepada Allah jikalau tidak memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda adalah hijab terbesar Salik dengan Allah” , itu untuk golongan yang mengambil tariqat tetapi kita sebagai orang awam ini perlu juga untuk memperbanyakkan berselawat sebagai ganti kepada istighfar dan selawat juga dibaca untuk melembutkan hati yang keras, menenangkan hati yang berbolak-balik dan juga sebagai cara untuk mendapat syafaat Habibuna Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Bersabda Baginda “ Barangsiapa yang berselawat kepadaKu 100 kali sehari nescaya Allah akan memperkenankan 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat. Berselawatlah kita kerana Allah dan semua makhluk juga berselawat kepada Baginda kerana apabila kita berselawat 1 kali, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali dan Allah berselawat kepada kita di sini bermaksud Allah memberi rahmat kepada kita. Alangkah bahagianya kita kerana kita boleh meraih rahmat Allah dengan begitu mudah dan celakalah bagi mereka yang tidak mahu berselawat kepada Baginda walaupun disebutkan Nama Baginda S.A.W seperti mana sabdaan Baginda S.A.W “ Orang yang sebenar-benar bakhil adalah orang yang disebutkan namaku disisinya, tidak berselawat ke atasKu” . Berselawatlah walaupun ketika terbaca perkataan ”Muhammad” pada majalah, buku atau bahan bacaan yang lain.
Mungkin ada pemuda  yang berkata “ orang tua bolehlah amal…..kami orang muda, kami aktif, macam mana hendak beramal??? ” . Anda juga boleh berselawat ketika ber”facebook”, twitter, ketika bermain futsal dan aktiviti yang lain. Jangan anda berpening kepala kerana Islam itu adalah cara hidup bukan hanya pada bab beribadah saja.
Akhir kata, hidupkan hati kita dengan berselawat.
 ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD

Jikalau ada kekurangan tentang tulisan ini harap dimaafkan...
Al-Faqir

No comments:

Post a Comment