Pada hari ini, kita
boleh melihat kurangnya umat Islam dalam mengamalkan agamanya disebabkan
kurangnya ilmu pada diri seseorang itu. Kekurangan pengetahuan mereka di dalam
bidang agama Islam telah membuat mereka seolah-olah tiada destinasi yang hendak
dituju.
Sesungguhnya Islam
itu mula-mula dibina dengan Tauhid seperti mafhum sabdaan RasuluLlah S.A.W:
“Terbinanya Islam itu dengan lima perkara, mengaku bahawa tiada tuhan yang
layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan
mendirikan solat dan menunaikan zakat dan haji ke Kaa’bah dan puasa di bulan
Ramadhan”. Hadis ini menunjukkan Tauhid adalah perkara yang terpenting dalam
pembinaan Agama pada diri seseorang yang mengaku sebagai Muslim kerana RasuluLlah S.A.W telah menyebut mengucapkan
dua kalimah syahadah pada awal hadith. Pada kebiasaannya, perkara yang disebut
pada ucapan atau tulisan adalah perkara terpenting sekali. Selepas itu adalah
solat, puasa, zakat dan haji. Keempat-empat ibadah ini perlu kepada ilmu feqah
pula. Dengan itu kita perlu mempelajari feqah sekurang-kurangnya habis kesemua
empat bahagian di dalam ilmu feqah iaitu ibadah, muamalat(ilmu tentang
perhubungan sesama manusia), munakahat(nikah kahwin), dan jenayah(hudud, qisas,
takzir dll). Kesemua yang di atas perlu kepada perkara yang menyempurnakannya
dan yang menyempurnakannya adalah ilmu tasawuf. Tasawuf mendidik kita untuk
menjaga hati kita daripada sifat-sifat mazmumah. Dengan ilmu tasawuf ibadah
kita lebih sempurna dengan ketiadaan sifat riak,ujub, takabbur dan sifat
mazmumah yang lain kerana sifat yang berkenaan itu boleh merosakkan ibadah kita
dengan menghapuskan pahala kita dalam beribadah atau akan mencacatkan ibadah
kita itu. Cukuplah bagi kita sebagai orang awam dengan ilmu fardhu ain yang
saya sebutkan di atas tadi seperti sabdaan RasuluLlah S.A.W yang bermaksud:
“Menuntut ilmu(fardhu ain) itu fardhu(wajib) ke atas orang islam yang lelaki
dan perempuan”.
Jadi, marilah kita
muhasah diri kita dan bertanya kepada diri kita “adakah ilmu kita ini cukup
untuk memandu diri dan keluarga kita ke arah matlamat yang satu iaini akhirat”.Sampai
di sini sajalah coretan yang comot dan dhaif ini.
Wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment