Amalan Pemakanan Yang Baik
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab
terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit
jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah
mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW
tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya
makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut
kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain.
Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat
dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab
berlakunya kembung perut.
* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari.
Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman,
mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut
berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang
sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah
kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang
berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa
yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan
berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah
sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat
mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan
malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak
teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar
diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari
darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh
tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot
dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan
menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk
mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan
tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari
penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita
akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan
aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada
tubuh.
http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan
bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php
Sihat Ikut Sunnah
No comments:
Post a Comment