Saturday, May 18, 2013

Ubahlah Sekarang....


Dunia hari ini sudah mengalami kerosakan tamadun peradaban manusia yg cukup kritis. Tidak hanya daripada golongan muda bahkan golongan tua turut terlibat sama dengan masalah ini. Perkara ini mungkin disebabkan oleh persekitaran yg diwujudkan oleh pihak tertentu yg bertanggungjawab dalam membangunkan negara beberapa dekad lalu. Kerana usaha yg telah dibuat oleh pihak yg tersebut dalam mengikis nilai-nilai Islam dalam persekitaran hidup rakyat Malaysia yg berbilang kaum. Pada mereka, biarlah kita hidup dalam suasana plural iaini semua agama adalah sama.

Perkara ini amat membimbangkan untuk kelangsungan agama di Malaysia terutama kepada penganut agama Islam kerana percampuradukkan agama yg membingungkan pemikiran orang awam yg tidak cukup pemahaman terhadap Islam. Tidak cukup dengan suasana politik yg tidak tenteram di tambah pula dengan kebejatan akhlak pemuda, perkara ini sepatutnya menjadi salah satu agenda yg utama pihak yg bertanggungjawab untuk membuat usaha dakwah yg bersesuaian dengan jiwa pemuda untuk mengubah masa depan dan suasana Malaysia yg lebih harmoni, beradab dan penuh nilai keislaman. Tetapi perkara sebaliknya terjadi, hiburan yg dihidangkan kepada pemuda seperti konsert tahun baru yg berakhir dengan pesta seks yg natijahnya 9 bulan kemudian, lahirlah seketul daging bernyawa yg digelar bayi. Daging yg bernyawa ini akhirnya dibuang di tempat yg tidak layak untuk seorang bayi untuk meneruskan hidup. Makhluk yg tidak berdosa ini seterusnya popular secara drastik dengan berita kematian sadis yg menyentuh hati, menyentuh hati manusia bukanlah 'binatang' yg melahirkan bayi itu.


Harusnya bagi pihak bertanggungjawab berusaha untuk mengubah suasana jahiliah ini dengan program dakwah yg bersikap santai yg bertepatan dengan jiwa seorang pemuda. Seorang pemuda tidak suka untuk mengikuti ceramah yg penyampainya seorang yg lurus dalam penyampaiannya tetapi ambillah contoh dengan pendekatan Ustaz Azhar Idrus yg mesra pemuda yg menjawab segala kemusykilan dengan bersahaja. Pemuda semestinya tidak suka cara penulisan seperti penulisan saya ini yg bersifat formal tetapi dengan penulisan seperti ini, informasi lebih tepat dan difahami tetapi memerlukan minat membaca yg tinggi. Hanya ulat buku sahaja suka penulisan seperti ini.

Jadi, pendakwah masa kini perlu lebih bijak dalam mendekati pemuda yg jauh dalam mengamalkan agama ini. Maka, setiap muslim bertanggungjawab untuk menjadi pendakwah walau sekadar menyebarkan salam dan senyuman yg manis dan ikhlas.



Video Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, May 8, 2013

Kotor macam sampah.........

Berlalu sudah PRU13 yg dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai pilihanraya yg terkotor dalam sejarah Malaysia. Saya tidak mahu menulis panjang, biar anda yg menentukan dgn menonton video pada link berikut:

https://www.facebook.com/supportprdap/posts/566312800066611

Monday, April 22, 2013

Pilih Betul2

Gelombang pilihan raya sudah tiba ramai yg mabuk di pertengahan jalan. Ada yg termuntah-muntah dan ada juga pening2...
Dalam menjalan tugas, kita haruslah menjaga etika atau adab. Perlu bagi kita menjaga adab walaupun di hadapan musuh kita sekalipun. Jangan bertindak kurang ajar seperti musuh kita seperti mana yg terjadi pada hari pencalonan. Kedua-dua pihak sama....Biadab.......Biarlah mereka yang biadap jangan kita berbuat demikian kerana kita membawa imej islam.... Faham................

Kepada pengundi pula, pilih betul2. Jangan pilih macam pilih sayur di pasar.....

Ini kalilah........... Pakatan harapan rakyat ke Putrajaya..... Amin.........

Sunday, April 7, 2013

Bersihkanlah!

Apa sebenarnya yg hendak dibersihkan? Ia adalah hati kita. Di dalam bahasa arab hati disebut sebagai qolbun yg bermaksud berbalik-balik. Kenapa ia di panggil berbalik-balik? Kerana hati adalah satu bahagian anggota dalaman yg paling unik dan kompleks untuk dikawal. Ia bertindak sebagai pengarah dalam badan kita yg selalu membolak-balikkan fikiran kita dalam membuat suau keputusan. Untuk membersihkan hati, tidak dapat tidak kita mesti belajar ilmu tasawuf yg sememangnya ilmu ini antara ilmu yg wajib untuk dipelajari oleh semua muslimin. Dengan ilmu ini kita mengetahui tentang kesilapan hati kita atau istilah yg digunakan dalam tasawuf "penyakit hati". Antaranya adalah cinta kepada dunia yg ianya adalah penyakit yg paling besar kerana maksud hadis " cinta kepada dunia itu kepala semua kejahatan". Antara lainnya adalah riak, kibir( takabbur), hasad dengki, ujub dan banyak lagi yg disenaraikan oleh ulama' tasawuf. Ini adalah antara fungsi atau mabadi ilmu tasawuf.
Ilmu tasawuf juga berkait dengan amalan seseorang itu adakah amalan diterima oleh Allah atau tidak. Tasawuf juga menunjukkan kita kepada jalan menuju Allah dan amalan yg paling baik atau afdhal adalah zikir dan zikir yg paling bagus adalah la ilaha illa Allah. Ulama' tasawuf membahaskan tentang kalimah ini dengan panjang lebar. Antara kelebihan zikir ini ialah ia dapat menghakis atau membuang sifat mazmumah atau jahat di dalam hati kita dengan cara zikir yg tertentu yg diberikan oleh guru. Kesinambungan ilmu tasawuf pada diri kita adalah dengan mengambil baiat tariqat. Hukum mengambil baiat tariqar adalah wajib dan pendapat yg mengatakan wajib ini adalah pendapat yg kuat. Terdapat 40 tariqat yg muktabar dan antara tariqat yg terkenal dan yg ramai pengikut di Malaysia adalah Ahmadiah, Naqshabandi dan Syatariah. Pengikut Tariqat Ahmadiah ramai di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan pengikut Tariqat Naqshabandi ramai di Selangor, Pahang dan sebahagiannya di Perak dan pengikut Tariqat Syatariah pula berada di Kedah. Zikir-zikir tariqat ini dapat menghakis karat-karat di hati kita yg mungkin telah bertapak terlalu lama pada hati kita. Dengan zikir ini, Allah mencampakkan pula sifat mahmudah atau yg baik ke dalam hati dan menolong diri kita untuk mengingati Allah sepanjang masa.
Setakat ini sahajalah pengenalan tentang tasawuf.
WALLAHU A'LAM

Saturday, December 15, 2012

Kisah Jibrail dan Mikail menangis


Sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut Az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah Al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfuz, namanya ialah Iblis.

Dia (Iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu Iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah”. Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki”. Oleh kerana Iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun Iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya Iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayaMu”. Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaKu”.

Setelah diusir, maka Iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaanMu”. Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum”. Berkata Iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku”. Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah”.

Berkata Iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku”. Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka”. Tak ada yang dijanjikan Iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.

 

Saturday, October 20, 2012

Zaman Kejahilan


Pada hari ini, kita boleh melihat kurangnya umat Islam dalam mengamalkan agamanya disebabkan kurangnya ilmu pada diri seseorang itu. Kekurangan pengetahuan mereka di dalam bidang agama Islam telah membuat mereka seolah-olah tiada destinasi yang hendak dituju.

Sesungguhnya Islam itu mula-mula dibina dengan Tauhid seperti mafhum sabdaan RasuluLlah S.A.W: “Terbinanya Islam itu dengan lima perkara, mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat dan menunaikan zakat dan haji ke Kaa’bah dan puasa di bulan Ramadhan”. Hadis ini menunjukkan Tauhid adalah perkara yang terpenting dalam pembinaan Agama pada diri seseorang yang mengaku sebagai Muslim kerana  RasuluLlah S.A.W telah menyebut mengucapkan dua kalimah syahadah pada awal hadith. Pada kebiasaannya, perkara yang disebut pada ucapan atau tulisan adalah perkara terpenting sekali. Selepas itu adalah solat, puasa, zakat dan haji. Keempat-empat ibadah ini perlu kepada ilmu feqah pula. Dengan itu kita perlu mempelajari feqah sekurang-kurangnya habis kesemua empat bahagian di dalam ilmu feqah iaitu ibadah, muamalat(ilmu tentang perhubungan sesama manusia), munakahat(nikah kahwin), dan jenayah(hudud, qisas, takzir dll). Kesemua yang di atas perlu kepada perkara yang menyempurnakannya dan yang menyempurnakannya adalah ilmu tasawuf. Tasawuf mendidik kita untuk menjaga hati kita daripada sifat-sifat mazmumah. Dengan ilmu tasawuf ibadah kita lebih sempurna dengan ketiadaan sifat riak,ujub, takabbur dan sifat mazmumah yang lain kerana sifat yang berkenaan itu boleh merosakkan ibadah kita dengan menghapuskan pahala kita dalam beribadah atau akan mencacatkan ibadah kita itu. Cukuplah bagi kita sebagai orang awam dengan ilmu fardhu ain yang saya sebutkan di atas tadi seperti sabdaan RasuluLlah S.A.W yang bermaksud: “Menuntut ilmu(fardhu ain) itu fardhu(wajib) ke atas orang islam yang lelaki dan perempuan”.

Jadi, marilah kita muhasah diri kita dan bertanya kepada diri kita “adakah ilmu kita ini cukup untuk memandu diri dan keluarga kita ke arah matlamat yang satu iaini akhirat”.Sampai di sini sajalah coretan yang comot dan dhaif ini.

 Wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.

Friday, August 24, 2012

Kelebihan Selawat


Selawat adalah satu cara mendekat diri kepada Allah S.W.T. Selawat juga adalah satu cara untuk kita menenangkan hati kita yg selalu berbolak balik seperti  air yg sedang mendidih seperti mana sabdaan Habibuna Muhammad S.A.W yg mafhumnya:” Tenangkanlah hatimu yg selalu bergolak seperti air yg sedang mendidih dengan berzikir.”
Jadikanlah selawat sebagai amalan harian kita walaupun di mana kita berada kecuali di tempat yg disifatkan kotor oleh Islam seperti tandas atau lainnya. Antara kelebihan selawat dengan zikir adalah kita boleh berselawat di semua keadaan samada semasa berbaring, berjalan, duduk, berdiri atau lain-lain pergerakan kita seharian berbanding dengan zikir kerana berzikir memerlukan keadaan tertentu untuk melakukannya seperti kita perlu duduk, berwuduk dan menjaga adab ketika berzikir.
Selawat juga adalah amalan yang terpenting untuk berjalan menuju Allah S.W.T kerana Habibuna Muhammad S.A.W adalah hijab terbesar antara kita dengan Allah S.W.T. Seperti yang pernah guru saya berkata “ seorang salik( orang yang menuju kepada Allah) tidak akan Berjaya sampai kepada Allah jikalau tidak memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda adalah hijab terbesar Salik dengan Allah” , itu untuk golongan yang mengambil tariqat tetapi kita sebagai orang awam ini perlu juga untuk memperbanyakkan berselawat sebagai ganti kepada istighfar dan selawat juga dibaca untuk melembutkan hati yang keras, menenangkan hati yang berbolak-balik dan juga sebagai cara untuk mendapat syafaat Habibuna Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Bersabda Baginda “ Barangsiapa yang berselawat kepadaKu 100 kali sehari nescaya Allah akan memperkenankan 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat. Berselawatlah kita kerana Allah dan semua makhluk juga berselawat kepada Baginda kerana apabila kita berselawat 1 kali, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali dan Allah berselawat kepada kita di sini bermaksud Allah memberi rahmat kepada kita. Alangkah bahagianya kita kerana kita boleh meraih rahmat Allah dengan begitu mudah dan celakalah bagi mereka yang tidak mahu berselawat kepada Baginda walaupun disebutkan Nama Baginda S.A.W seperti mana sabdaan Baginda S.A.W “ Orang yang sebenar-benar bakhil adalah orang yang disebutkan namaku disisinya, tidak berselawat ke atasKu” . Berselawatlah walaupun ketika terbaca perkataan ”Muhammad” pada majalah, buku atau bahan bacaan yang lain.
Mungkin ada pemuda  yang berkata “ orang tua bolehlah amal…..kami orang muda, kami aktif, macam mana hendak beramal??? ” . Anda juga boleh berselawat ketika ber”facebook”, twitter, ketika bermain futsal dan aktiviti yang lain. Jangan anda berpening kepala kerana Islam itu adalah cara hidup bukan hanya pada bab beribadah saja.
Akhir kata, hidupkan hati kita dengan berselawat.
 ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD

Jikalau ada kekurangan tentang tulisan ini harap dimaafkan...
Al-Faqir