Thursday, December 22, 2011

Surat Berantai

Pada tulisan saya kali ini saya mahu memanjangkan perkara tentang surat berantai ini daripada seorang sahabat Facebook saya. 


Tidak seharusnya kita mempercayai sesuatu khabar berita tanpa menyelidik dahulu sumber khabar berita tersebut kerana barangkali khabar berita itu adalah  benar barangkali tidak. Berikut adalah isi surat barantai tersebut:
' Ini adalah surat wasiat dari

... penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu
Sheikh Ahmad
Madinah (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur
hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW
lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang
yang meninggal
dunia di zaman ini tiada
seorang pun yang
matinya dalam keadaan
beriman.
(a)isteri tidak mendengar
kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi
bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat
dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh
Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang
Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana
hari
penghabisan(Qiamat) akan
tiba di mana
bintang akan terbit dari
langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas
kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk
junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan
segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan
ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji -
bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka
kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari
bombay telah
menerima surat ini dan
beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan
mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya
dianugerahi Allah
dengan mendapat
keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah
menerima surat
ini tetapi tidak
mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini
palsu, maka selang
beberapa hari kemudian
anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato
Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah
menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan
setiausahanya
mencetak sebanyak 20
salinan dan
menghantarnya kepada
orang lain, maka
selang beberapa hari
kemudian dia telah
mendapat hadiah dari
kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas
menteri besar
perak secara tidak langsung
dipecat dari
jawatannya kerana apabila
beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa
mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada
orang lain tetapi
beliau telah menyedari
kesilapannya lalu
beliau mencetak semula
wasiat ini dan
mengirimkannya kepada
orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah
dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah
menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya
akan
kebenarannya juga
menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam
tong sampah.
seminggu kemudian beliau
telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai
mati.
6.
di Terengganu, seorang
pekerja bengkel
kenderaan telah menerima
wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali
yang datangnya
dari Perak lalu beliau
membuat sebanyak 20
salinan seperti yang
dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah
seorang gadis
berakhlak mulia seperti
yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling
agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang
hamba Allah
telah menerima surat ini
dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak
mengendahkannya
dengan mengatakan ianya
bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan
untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah
mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat
menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat
rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga
diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat
akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada
orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau
beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh
orang yang
menerima wasiat ini tetapi
tidak
mempercayainya dan tidak
mengedarkannya
atau menyampaikan kepada
orang lain.
dimana
mereka mendapat
malapetaka.
setelah
kejadian yang
menggembirakan dan
menyakinkan ini anda
jangan lupa
menyampaikan 20 salinan
wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda
menerimanya.
InsyaAllah anda akan
memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA
dengan penuh keyakinan
pasti ia akan menerangi
hidup anda dengan nikmat
kebahagiaan hidup.
ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini
hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan
kepda
orang lain sebanyak 20
salinan. sekiranya telah
dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu
nikmat atau hajat anda akan
dikabulkan oleh ALLah.
kata
sheikh ahmad lagi. jika apa
yang hamba katakan ini
tidak benar, biarlah
hamba mati dalam
kekufuran dan hamba tidak
mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW
naaauzubillah. oleh itu
hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan
kepada orang lain.
insyaAllah
dalam masa 2 minggu anda
akan berolah kebahagiaan
dan ingatlah lakukan
ini dengan hati yang ikhlas
dan janganlah diabaikan
atau dibiarkan.
TLG SEBARKAN KPD UMAT ISLAM. SEBARKAN 20 WASIAT


Berikut pula adalah bukti kemungkaran surat berantai di atas:

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun
1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang
Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina
berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi,Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal
Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di
Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya
Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta
pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini
kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama
sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucapsemula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa
Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini
adalah"melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia
bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun
dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.
7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum
Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar
surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang
amat besar (syirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta
menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana
menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan
baginda".

Allahyarham Datuk Sheikhul Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman
1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara
tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka
taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika
seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum
ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak
sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan
murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".


Diharap dengan anda mengambil iktibar dan lebih berhati-hati dengan surat berantai yang tidak tahu sumbernya ia berasal. Saya juga berharap agar sidang pembaca menyebarkan artikel saya ini untuk pencerahan kepada orang di luar sana. Akhir kata, terima kasih.

Tuesday, December 20, 2011

TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA

TANDA  100  HARI  SEBELUM  MATI
MERUPAKAN TANDA PERTAMA DARIPADA  ALLAH  KEPADA  HAMBANYA  DAN HANYA  AKAN  DISEDARI  OLEH  MEREKA  YANG  DIKEHENDAKINYA.  WALAU BAGAIMANAPUN  SEMUA  ORANG  ISLAM  AKAN  MENDAPAT  TANDA  INI CUMA  MEREKA  SEDAR  ATAU TIDAK  SAHAJA.TANDA  INI  AKAN  BERLAKU LAZIMNYA  SELEPAS  WAKTU  ASAR. SELURUH  TUBUH IAITU DARI  HUJUNG RAMBUT  HINGGA  KE HUJUNG  KAKI  AKAN  MENGALAMI  GETARAN  ATAU SEAKAN  AKAN  MENGGIGIL. CONTOHNYA  SEPERTI DAGING  LEMBU  YANG BARU  DISEMBELIH. JIKA  DIPERHATIKAN  DENGAN  TELITI  KITA   AKAN  MENDAPATI  DAGING  TERSEBUT  SEAKAN-AKAN  BERGETAR. TANDA  INI RASANYA  LAZAT  DAN  BAGI  MEREKA  SEDAR  DAN  TERDETIK  DIHATI  BAHAWA  MUNGKIN  INI  ADALAH TANDA  MATI  MAKA GETARAN  AKAN HILANG  DAN  HILANG  SETELAH  KITA  MENYEDARI  TANDA  INI.  BAGI  MEREKA  YANG TIDAK  DIBERI  KESEDARAN   ATAU  HANYUT DENGAN  KENIKMATAN  TANPA  MEMIKIRKAN  SOAL  KEMATIAN, TANDA  INI  AKAN LENYAP  BEGITU  SAHAJA  TANPA  SEBARANG  MANFAAT.  BAGI  YANG  SEDAR  AKAN  TANDA  INI  MEMBERI PELUANG TERBAIK UNTUK  MEMANFAATKAN  MASA  YANG  ADA  UNTUK  MEMPERSIAPKAN  DIRI DENGAN  AMALAN  DAN URUSAN  YANG  AKAN  DIBAWA   ATAU DITINGGALKAN  SESUDAH  MATI.


TANDA  40  HARI  SEBELUM  HARI MATI
TANDA  INI  JUGA  AKAN  BERLAKU  SELEPAS  WAKTU  ASAR. BAHAGIAN  PUSAT KITA   AKAN  BERDENYUT-DENYUT.  PADA  KETIKA  INI  DAUN  YANG TERTULIS NAMA  KITA  AKAN  GUGUR  DARI  POKOK  YANG  LETAKNYA  DI ATAS  ARASH ALLAH  MAKA  MALAIKAT  MAUT  AKAN  MENGAMBIL  DAUN  TERSEBUT DAN MULA  MEMBUAT  PERSEDIAANNYA  ANTARANYA  IALAH  IA  AKAN  MULA MENGIKUTI  KITA  SEPANJANG  MASA.  AKAN  TERJADI  MALAIKAT  MAUT  INI AKAN  MEMPERLIHATKAN  WAJAHNYA  SEKILAS  LALU DAN  JIKA  INI TERJADI MEREKA  YANG TERPILIH  INI  AKAN  MERASAKAN  SEAKAN-AKAN  BINGUNG SEKETIKA.  ADAPUN  MALAIKAT  MAUT  INI  WUJUDNYA  CUMA  SEORANG TETAPI  KESANNYA  UNTUK  MENCABUT  NYAWA  ADALAH  BERSAMAAN DENGAN  JUMLAH  NYAWA  YANG  AKAN  DICABUTNYA.


TANDA  7  HARI  SEBELUM  HARI  MATI
TANDA  INI  AKAN  HANYA  AKAN  DIBERIKAN  HANYA  KEPADA  MEREKA YANG DIUJI  DENGN  MUSIBAH  KESAKITAN  DI MANA  ORANG  YANG  SAKIT  YANG TIDAK  MAKAN  SECARA TIBA-TIBA  BERSELERA UNTUK  MAKAN.


TANDA  3  HARI  SEBELUM  HARI  MATI
PADA  KETIKA  INI  AKAN  TERASA  DENYUTAN DI BAHAGIAN TENGAH DAHI KITA  IAITU  ANTARA  DAHI  KANAN  DENGAN  KIRI.  JIKA  TANDA  INI  DAPAT DIKESAN  MAKA  BERPUASALAH  KITA  SELEPAS  ITU  SUPAYA  PERUT  KITA TIDAK  MENGANDUNGI  BANYAK  NAJIS  DAN  INI  AKAN  MEMUDAHKAN URUSAN  ORANG  YANG  MEMANDIKAN  KITA  NANTI.  KETIKA  INI  JUGA  MATA  HITAM  KITA TIDAK  AKAN  BERSINAR  LAGI DAN  BAGI  ORANG  YANG SAKIT  HIDUNGNYA  AKAN  PERLAHAN-LAHAN  JATUH  DAN  INI DAPAT DIKESAN  JIKA  KITA  MELIHAT  DARI  BAHAGIAN  SISI. TELINGANYA  AKAN  LAYU  DI MANA  BAHAGIAN  HUJUNGNYA  AKAN  BERANSUR-ANSUR  MASUK KE DALAM,   TELAPAK  KAKINYA  YANG TERLUNJUR  AKAN  PERLAHAN-LAHAN JATUH  KE DEPAN  DAN  SUKAR  DITEGAKKAN.


TANDA  1  HARI  SEBELUM  MATI
AKAN  BERLAKU  SELEPAS  WAKTU  ASAR  DAN  KITA  AKAN  MERASAKAN  SATU DENYUTAN  DI SEBELAH  BELAKANG, IAITU  KAWASAN UBUN-UBUN DI MANA INI  MENANDAKAN  KITA TIDAK  AKAN SEMPAT  MENEMUI WAKTU ASAR KEESOKAN  HARINYA.


TANDA  AKHIR
KITA  AKAN  MERASAKAN  SATU KEADAAN  SEJUK  DI BAHAGIAN  PUSAT DAN RASA  AKAN  TURUN  KE PINGGANG  DAN  SETERUSNYA  AKAN  NAIK  KE BAHAGIAN  HALKUM.  KETIKA  INI  KITA  HENDAKLAH  KITA  MENGUCAP KALIMAH  SYAHADAH  DAN  BERDIAM  DIRI  DAN  MENANTIKAN  KEDATANGAN MALAIKAT  MAUT  UNTUK MENJEMPUT KITA  KEMBALI  KEPADA  ALLAH  S.W.T YANG  TELAH  MENGHIDUPKAN  KITA  DAN  SEKARANG  AKAN  MEMATIKAN  KITA  PULA.

Thursday, December 15, 2011

Mari Mengenal Wahabi


Pada artikel kali ini kita akan mendekati dan mengenal apakah Firqah Ibn Wahabi yang menyeleweng dan sesat dari Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut Akidah mahupun cabang yang lainnya. Di bawah ini ada beberapa senarai penyelewengan Firqah Ibn Wahabi atau lebih dikenali dengan nama Wahabi. 

Ciri-Ciri Wahabi
  1. Sering membid‟ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka. 2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak). 3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak). 4. Sering memperlekehkan ulama‟ pondok dan golongan agama yang lain. 5. Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam. 6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).

HADIS
 1. Menolak beramal dengan hadis dhoif. 2. Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama‟ hadis yang lain. 3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta‟dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi]. 4. Sering menganggap hadis dhoif sebagai hadis mawdhu‟ [mereka melonggokkan hadis dhoif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama] 5. Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh karena itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat. 6. Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

QURAN
 1. Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Indonesia yang jahil)

FIQH
 1. Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB” 2. Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram 3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid‟ah; kononnya mereka berittiba‟ 4. Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah 5. Sering menggunakan dakwaan ijma‟ ulama dalam masalah khilafiyyah 6. Sering bercanggah dengan ijma‟ ulama‟ 7. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid‟ah 8. Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta‟sub mazhab 9. Salah faham makna bid‟ah yang menyebabkan mereka mudah membid‟ahkan orang lain 10. Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum 11. Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al- Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab] 12. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu‟ alrukhas 13. Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

NAJIS 
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah 2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis karena tidak ada darah yang mengalir .

WUDHU’
 1. Tidak menerima konsep air musta‟mal 2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu‟ 3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

AZAN
 1. Azan Juma‟at sekali; azan kedua ditolak

SHALAT
 1. Mempromosi “Sifat Shalat Nabi SAW‟, dengan alasan kononnya shalat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat shalat Nabi SAW yang sebenar. 2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid‟ah. 3. Berdiri secara terkangkang. 4. Tidak membaca „Basmalah‟ secara jahar. 5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu. 6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam. 7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam shalat sebagai perkara bid‟ah (sebahagian Wahhabiyyah Indonesia dan Malaysia yang jahil). 8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‟ah. 9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku‟ dan sujud adalah bid‟ah. 10. Menganggap menyapu muka selepas shalat sebagai bid‟ah. 11. Shalat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan shalat tarawih itu sebenarnya adalah shalat malam (shalatul-lail) seperti yang dibuat pada malammalam biasa. 12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat shalat tarawih dianggap bid‟ah. 13. Tidak ada qadha‟ bagi shalat yang sengaja ditinggalkan. 14. Menganggap amalan bersalaman selepas shalat adalah bid‟ah. 15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam shalat sebagai bid‟ah. 16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir. 17. Boleh jama‟ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah. 18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau. 19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat 20. Menjamak shalat sepanjang semester pengajian, karena mereka berada di landasan Fisabilillah.

DOA, ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN 
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas shalat sebagai bid‟ah. 2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid‟ah. 3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-„azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid‟ah. 4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid‟ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala‟il al-Khayrat, Selawat al- Syifa‟, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll. 5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‟ah yang haram. 6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat. 7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid‟ah. 8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid‟ah. 9. Menolak amalan ruqiyyah shar‟iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll. 10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah. 11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya‟ban sebagai bid‟ah yang haram. 12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya‟ban. 13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya‟ban. 14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa‟ adalah bid‟ah. 15. Mempertikaikan kedudukan shalat sunat tasbih. 

PENGURUSAN JENAZAH DAN KUBUR
 1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya‟, awliya‟, ulama‟ dan solihin sebagai bid‟ah dan shalat tidak boleh dijama‟ atau qasar dalam ziarah seperti ini. 2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur. 3. Menganggap talqin sebagai bid‟ah. 4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid‟ah yang haram. 5. Tidak membaca doa‟ selepas shalat jenazah. 6. Sebahagian ulama‟ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik 7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid‟ah yang haram 8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid‟ah.

MUNAKAHAT
 1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1) 


MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI 1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s. 2. Menolak amalan marhaban 3. Menolak amalan barzanji. 4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid‟ah 5. Menolak sambutan Ma‟al Hijrah, Isra‟ Mi‟raj, dll.

HAJI DAN UMRAH
 1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu. 2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf. 3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 1. Ramai para professional menjadi „ustaz-ustaz‟ mereka (di Indonesia dan Malaysia) 2. Ulama‟ yang sering menjadi rujukan mereka adalah: a. IbnuTaymiyyah b. Ibnu al-Qayyim c. Muhammad Abdul Wahhab dan Sheikh Abdul Aziz Ibn Bazz e. Nasiruddinal-Albani f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin g. Sheikh Soleh Fawzanal-Fawzan 3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama‟, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama‟ dan para ulama‟ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini) 4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya‟ Ulumiddin”.

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM 
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah 2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka 3. Ramai ulama‟ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka 4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi‟ dan al-Ma‟la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi‟, Madinah dan Ma‟la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik. 5. Di Indonesia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [karena hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu]. 6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Indonesia dahulu ini ialah Ittiba‟ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba‟ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT
 1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu‟tabar 2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani 3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat.

PERHATIAN: Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma‟ dan pendapat mu‟tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah karena di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama‟ah. Dinasihatkan agar Tuan-tuan mengusahakan keberadaan di pengajian-pengajian ilmu di kalangan ulama-ulama atau para ustaz yang tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah bagi bersoal jawab dan mendapatkan kebenaran atas kekeliruan.

Senarai di atas hanyalah ringkasan dan tidak digalakkan kepada orang awam seperti saya untuk mempelajari sesuatu ilmu dengan jalan membaca saja. Bahkan lebih digalak untuk berguru dan bertalaqi dengan guru tersebut. Itulah sebaiknya.
 WaLlahu A‟lam.        

Sunday, December 11, 2011

Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki


Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki
Hari ini kita berkenalan dengan seorang ‘alim yang bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu, kitab-kitab turast, sanad dan ijazah. Beliau ialah al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahullah.

Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia).

Antara kitab-kitab yang pernah beliau mengajar ialah: Tafsir Jalalain, Tafsir Nur al Ihsan, Al Syifa’ bi Ta’rif Huquq al Mustofa, Al Syamail al Muhammadiah, Al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wa al Wasaya al Imaniyyah, Aqidah al Awam, Aqidah Islam Imam al Ghazali, Safinah al Najah, Hikam Ibni Ataillah, Hikam Abi Madyan, Hikam Ibni Raslan, Minhaj al Abidin, Qatr al Ghaithiyyah, Tanbih al Ghafilin, Munyah al Musolli , Hidayah al Salikin, Tuhfah al Gharaibin dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan sebahagian pengenalan terhadap syeikh, sebagaimana yang telah ditulis oleh anak murid iaitu Ust Mujahid b. Abdul Wahab di dalam bukunya yang berjudul: “Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki yang ku kenali” :

“..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafussoleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.

Beliau telah bermusafir ke negara-negara Islam seperti Mesir, Sudan, Syria, Lubnan, Palestin, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah, Turki, Indonesia, Singapura dan lain-lain untuk tujuan itu dan telah mendapat redha dan restu daripada ramai tokoh-tokoh dan jaguh ulama’ Islam dalam bidang ilmu dan dakwah. Daripada merekalah beliau memohon tunjuk ajar, nasihat dan doa agar diberikan taufiq dan kekuatan dalam meneruskan agenda dakwah dan melangsungkan kesinambungannya.

Dari kaca mata beliau, seseorang pendakwah itu haruslah dilengkapi dengan beberapa perkara iaitu ilmu, kecemburuan terhadap agama serta apa yang lebih utama lagi ialah keizinan dan sanad daripada para masyayikh untuk menjalankan usaha dakwah dan tarbiah.

Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga adalah seorang ulama’ yang amat memuliakan para guru dan masyayikhnya. Beliau sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka serta sanggup menggadaikan masa, tenaga dan harta demi memenuhi permintaan dan mendamba keredhaan mereka.

Disebabkan sifat sodiq dan amanahnya itu, Allah telah melimpahkan keberkatan ilmu dan futuh terhadapnya serta mencampakkan perasaan kasih ke dalam hati anak-anak murid juga insan-insan yang mendampinginya.

Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga memilik keistimewaan yang tidak dikongsi oleh kebanyakan insan yang lain. Beliau amat dikasihi oleh para gurunya dan perkara ini dibuktikan dengan perhatian khusus yang diberikan oleh para masyayikh terhadapnya. Nikmat ini adalah sebesar-besar nikmat yang tidak dikongsi oleh beliau dengan rakan-rakannya yang lain. Kasih para masyayikhnya yang mendalam ini telah banyak memberikan kekuatan serta memandu kehidupan beliau.

Setiap ulama’ dari serata dunia Islam sama ada yang ditemuinya di luar negara mahupun yang datang menziarahinya di Malaysia, akan menyatakan hasrat mereka untuk mengambil beliau sebagai muridnya. Begitu juga mereka berharap agar anak-anak murid beliau dapat melanjutkan pengajian di madrasah-madrasah yang diasaskan oleh mereka sama ada Makkah, Syria, Yaman dan lain-lain lagi.

Di antara para masyayikh yang telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat, sanad dan ijazah kepada beliau ialah:

DARI MESIR

SYEIKH ABDULLAH AL SYURA. Di antara kitab yang dipelajari daripadanya ialah Tuhfah al Murid ‘ala Jauharah al Tauhid, Syarah Ibni ‘Aqil dan Kifayah al Akhyar di rumahnya pada setiap pukul enam pagi.

SYEIKH MAHMUD AL ADAWI, Imam Besar Masjid Syeikhah Sobah di Tanta, Mesir – Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam, Qalyubi wa ‘Umairah, al Hawi li al Fatawi, Qatr al Nada wa Bal al Soda dan Syuzur al Zahab di Pejabat Masjid Syeikhah Sobah.

SYEIKH HUSAIN AL DARWISYI– Syeikh Muhammad Fuad al Maliki belajar kitab Kifayah al Akhyar di Pejabat Fatwa Masjid Sayyid Ahmad al Badawi. Di sinilah, Syeikh Muhammad Fuad al Maliki bergaul dengan ulama’ al Azhar dan mengetahui selok belok mengeluarkan fatwa. Jika Syeikh Husain mempunyai suatu urusan dan tidak dapat mengajar, maka beliau akan menyuruh rakan-rakannya dari kalangan syeikh-syeikh yang lain supaya mengajar Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

Beliau amat menyayangi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Setelah selesai belajar, Syeikh Muhammad Fuad al Maliki menghadiahkan kepadanya sagu hati dan manis-manisan sebagai tanda terima kasih seorang murid. Namun, beliau tidak menerimanya dan mengembalikan semula pemberian tersebut. Beliau hanya menerimanya setelah didesak oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tetapi diserahkannya semula kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan kemudian mengucup dahi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebagai tanda kasihnya.

SYEIKH WAJIHUDDIN AL TURKI. Beliau berasal dari Turki tetapi keluarganya berpindah ke Tonto, Mesir selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mempelajari kitab Tuhfah al Murid ’ala Jauharah al Tauhid dengannya di rumah yang disewa oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM AL ASYMAWI. Beliau belajar kitab al Tuhfah al Saniyyah fi Syarh Matan al Ajrumiah dan mempelajari ilmu I’rab di Masjid Sayyid Ahmad al Badawi dan Masjid Syeikhah al Sobah dengannya.

DR. ALI JUMA’AH, Mufti Kerajaan Mesir – Sohih Muslim dan Jam’u al Jawami’ di Masjid al Azhar.

SYEIKH ABDUL GHANI IBN SOLEH AL JA’FARI. Beliau mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Tariqat al Ja’fariah al Ahmadiah al Muhammadiah dan sanad ayahandanya, Imam Besar Masjid al Azhar, Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari. Beliau juga telah menghadiahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tasbih, sajadah dan kopiah ayahandanya, Syeikh Soleh al Ja’fari.

DR. JUDAH AL MAHDI AL HUSAINI. Beliau merupakan Naib Rektor al Azhar. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki belajar daripadanya secebis daripada Tafsir Fakhruddin al Razi dan ilmu Tasawwuf. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu dan mengambil ba’iah Tariqat al Naqsyabandiah daripadanya.

SYEIKH ABDUL SALAM ABU AL FADHL AL HASANI– Beliau telah mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki zikir Tariqat al Syazuliyyah dan Hizib al Bahr.

Beliau merupakan seorang auliya’ Allah yang hebat dan mempunyai kasyaf yang tajam pada ketika itu. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki menceritakan, semasa pergi mengerjakan solat Jumaat bersama rakan-rakannya, salah seorang daripada mereka tidak mengerjakan solat Subuh. Dengan ketajaman kasyaf yang dimilikinya, beliau tiba-tiba memotong tajuk asal khutbahnya dan masuk kepada tajuk Kepentingan Solat Subuh.

DR. AHMAD UMAR HASYIM, Mantan Rektor al Azhar. Beliau telah mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tiga buah hadith berkaitan rahmah dan belas kasihan.

Beliau juga mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad sanad-sanad ilmu yang beliau terima daripada Syeikh Muhammad Yasiin ibn Isa al Fadani, Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki, Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud dan lain-lain. Beliau juga tidak ketinggalan mengijazahkan Syeikh Muhamad Fuad al Maliki segala kitab karangannya terutama syarah Sahih al Bukhari yang bertajuk Faidh al Bari sebanyak 15 jilid.

AL MUHADDITH DR. MAHMUD SA’ID MAMDUH, Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam Dubai. Beliau telah menulis ijazah untuk Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan telah memunawalahkan kitabnya yang bertajuk al Ta’rif sebanyak 6 jilid, al Bayan yang mensyarahkan al Muhazzab karangan Imam al Syairazi dan kitab-kitab lain. Beliau juga telah menasihati Syeikh Muhammad Fuad al Maliki supaya menguasai bahasa Arab dengan sedalam-dalamnya.

SAYYID MUSTAFA IBN AHMAD AL SYARIF AL HASANI. Beliau ialah Syeikh Tariqat al Ahmadiah al Idrisiyyah di Mesir. Menetap di Darau Aswan, Selatan Mesir. Penduduk di sana memanggil beliau dengan gelaran Abu Hasyim yang bermaksud ayah yang suka menjamu makanan kerana beliau bersifat sangat pemurah kepada faqir miskin dan sentiasa membantu kehidupan mereka. Beliau telah memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan Khirqah Sufi, dengan sanadnya daripada ayahandanya Sayyid Ahmad al Syariif, daripada Sayyid Muhammad al Syariif, daripada Sayyid Abdul ‘Ali daripada Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani. Beliau juga mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki segala karangan murid-murid Sayyid Ahmad ibn Idris terutamanya karya-karya Sayyid Uthman al Mirghani.

SAYYID MA’MUN IBN SAYYID ABDUL QADIR AL HASANI. Beliau ialah Syeikh Tariqat al Ahmadiah di Kaherah dan beliau sentiasa mengadakan majlis Hadharah di Masjid Sayyiduna Husain.

SAYYID IDRIS IBN SAYYID MUSTAFA AL HASANI. Beliau telah memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Khirqah Sufi dan menggelarkannya dengan al Ahmadi.

SAYYID IDRIS IBN ABDUL RAHIM AL IDRISI, Khadam Masjid Sayyid Ahmad di Zainiyyah, Luxor, iaitu tempat Sayyid Ahmad ibn Idris pernah menerima Tahlil Khusus daripada Rasulullah.

AL MUHADDITH SYEIKH MUHAMMAD IBN IBRAHIM AL KATTANI. Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini. Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.”

Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah. Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali t. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani.

Di antara gurunya juga ialah al Muhaddith Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya. Beliau adalah antara guru yang amat dikasihi oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, begitu jugalah beliau. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki telah membaca kesemua kandungan kitab Jiyad al Musalsalaat karangan Imam Sayuti, al Iqd al Thamin karangan Imam al Ajluni t, Manzumah Aqidah Awam karangan Imam al Marzuqi, Matan Mustalah hadith al Imam al Baiquni dan sebahagian daripada Syamail al Muhammadiyyah Imam al Tirmizi dan Hikam Ibni Ata’illah al Sakandari dengannya. Beliau telah menulis ijazah khusus untuk Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebanyak dua kali.

SYEIKH USAMAH SA’ID. Beliau telah meriwayatkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan Membaca surah al Saf.

PROF. DR. SA’AD JAWISH. Beliau ialah seorang profesor hadith di Universiti al Azhar dan telah menulis ijazah khusus kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki

AL ALLAMAH SYEIKH ISMAIL IBN SODIQ AL ‘ADAWI, Imam Jami’ al Azhar. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki amat terkesan dengan ilmu-ilmu dan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh beliau di Masjid al Azhar dan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sentiasa melaziminya. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah menegaskan, beliau merasakan zauq dan wujdan apabila mendengar khutbahnya kerana khutbahnya adalah ilham daripada Allah. Kenapa tidak beliau dianugerahkan nikmat sedemikian kerana beliau merupakan cucu kepada Abi al Barakat al Dardir. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga pernah mendengar pengajaran kitab al Syamail al Muhammadiah daripadanya.

AL MUHADDITH AL MU’AMMAR SYEIKH SA’AD BADRAN. Beliau telah meriwayatkan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan mengijazahkan sanadnya yang tinggi di rumahnya di Dumyat Mesir. Beliau meriwayatkannya daripada syeikhnya, Abi al Nasr al Qauqaji, daripada ayahandanya Abi al Mahasin al Qauqaji, daripada al Sayyid ‘Abid al Sindi dengan sanadnya yang sampai hingga kepada Rasulullah.

Begitu juga Syeikh Abi al Nasr al Qauqaji meriwayatkan daripada al Syeikh Muhammad ibn Ahmad Yusuf al Bahi al Misri al Maliki al Azhari, daripada al Hafiz al Sayyid Abi al Fadhl Muhammad Murtadha al Zabidi dengan sanadnya yang sampai kepada Rasulullah.

AL MUHADDITH AL SUFI SYEIKH AHMAD IBN DARWISH. Beliau merupakan anak angkat kepada al Muhaddith Sayyid Abdullah al Ghumari t. Beliau telah digelar dengan al Sufi oleh Syeikhnya. Setengah dari kalangan ahli sufi mengatakan bahawa beliau adalah di antara abdal pada zaman ini. Beliau telah diijazahkan oleh Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari, mantan Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf, Muhaddith negara India Syeikh Habib al Rahman al A’zami dan lain-lain lagi. Beliau telah meriwayatkan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan mengijazahkan segala ijazah dan sanadnya kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Beliau juga telah mengijazahkan Tariqat al Syazuliyyah al Siddiqiyyah dan Salawat Dalail al Khairaat dan meminta Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mengadakan majlis bacaan salawat tersebut di madrasahnya.

MAKKAH AL MUKARRAMAH

DR. SAYYID MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL MALIKI. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar dengannya kitab Nasaih al Diniyyah, Sahih al Bukhari, Sunan Abi Daud, Fath al Mughith, Tafsir Ibnu Kathir, al Fawaid al Jalilah fi Musalsalat dan meriwayatkan daripadanya semua hadith Musalsal yang terdapat di dunia dan lain-lain. Beliau juga telah mengijazahkan Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, memakaikannya Khirqah Sufi dan memberikannya bai’ah yang tidak diberikan kepada semua orang melainkan hanya kepada segelintir daripada murid-muridnya dan mengamanahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki supaya menjadi khalifahnya. Beliau juga memberikan kepercayaan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk menterjemah dan menerbitkan kitab-kitab karangannya. Bahkan, beliau juga telah memberikan bantuan moral dan material kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk membangunkan madrasahnya.

SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD AL MALIKI. Beliau merupakan khalifah ayahandanya yang telah membai’ah dan memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan Khirqah Sufi.

DR.UMAR ABDULLAH KAMIL. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki segala kitab karangannya dan juga kitab sanadnya yang bertajuk al I’lam bi Ijazah al A’lam. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau sehingga ke hari ini mereka sering berhubungan bagi mengadakan muzakarah ilmu.

Syeikh Ali Qaddur al Madani. Beliau berketurunan Sayyid Ahmad al Rifa’i dari sebelah ayahandanya dan Sayyid Abdul Qadir al Jailani dari sebelah bondanya. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki segala ilmu zahir dan batin termasuk Tariqat al Rifa’iyyah.

Al Habib Umar Hamid al Jailani. Beliau ialah keturunan Sayyid Abdul Qadir al Jailani. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan kitab sanad Mufti Johor al Habib Alawi Tahir.

DUBAI

DR. ISA IBN ABDULLAH IBN MANI’ AL HIMYARI, Menteri Waqaf Dubai. Beliau menegaskan bahawa Syeikh Muhammad Fuad al Maliki merupakan orang pertama yang diijazahkan olehnya.

AL ALLAMAH DR. AHMAD MUHAMMAD NUR SAIF, Pengerusi Pusat Penyelidikan Islam Dubai. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki hadith Musalsal bi al Awwaliyah.

SYRIA

DR. MUHAMMAD MUTI’ IBN MUHAMMAD WASIL AL HAFIZ AL DIMASYQI, Pentashih al Quran di Kementerian Waqaf, Dubai. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah menerima hadith Musalsal bi al Awwaliyah, Musafahah dan Munawalah Subhah dan lain-lain daripadanya.

DR. KHALAF MUHAMMAD AL MUHAMMAD AL HALABI. Beliau mengijazahkan sanad yang diterimanya daripada Syeikh Muhammad Yaasiin al Fadani kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

SYEIKH HUSAIN SO’BIYYAH. Beliau adalah syeikh di Dar al Hadith al Asyrafiyyah, Damsyiq, tempat di mana Imam Nawawi pernah menjadi syeikh. Beliau telah meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan mengijazahkan ijazah-ijazah yang diterima daripada guru-gurunya kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

YAMAN

SYEIKH ALI HAMID AHMAD ABDUH HASAN QASIM AL SO’FANI AL MAKKI AL YAMANI, Ahli Majlis Fatwa Kementerian Waqaf Dubai. Beliau telah menggelarkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan al Ariif billah (orang yang kenal Allah). Beliau pernah mengatakan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, “Apabila guru-guru kamu telah mengasihi kamu, maka akan dibukakan segala kefahaman ilmu ke dalam dada kamu.”

HABIB UMAR IBN MUHAMMAD IBN SALIM IBN HAFIZ, Mudir Dar al Mustafa. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebanyak tiga kali dan juga meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah, Musafah dan Musyabakah kepadanya. Beliau juga mengijazahkan kepadanya secara khusus kitab Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam, Syarah Hikam Syeikh Zarruq dan Syarah Hikam Syeikh Abdul Majid al Syurbuni supaya Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dapat mengambil faedah daripadanya dalam urusan dakwah. Beliau juga mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk keluar berdakwah dan mengajar umat.

HABIB ALI AL JUFRI, Naib Mudir Dar al Mustafa. Beliau telah meriwayatkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Musalsal bi al Awwaliyyah dan Talqim serta mengijazahkannya

SUDAN

SAYYID MUSTAFA IBN IDRIS AL HASANI

SAYYID IBNU IDRIS AL HASSAN AL IDRISI

PROF. DR. SAYYID ABDUL WAHHAB AL TAZI AL IDRISI, Pensyarah di Universiti Islam Madinah al Munawwarah. Beliau telah memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki al Khirqah al Sufiyyah

SAYYID AHMAD IBN IDRIS AL HASANI. Beliau menetap di Dunqala Sudan.

SAYYID MUHAMMAD IBN IDRIS AL HASANI. Beliau ialah Syeikh Tariqat Idrisiyyah al Ahmadiyyah dan menetap di Khartum sebagai khalifah ayahandanya Sayyid Idris al Idrisi.

SAYYID MUJADDIDI AL HASAN AL IDRISI. Beliau menetap di Khartum sebagai khadam di Masjid ayahandanya Sayyid Hasan al Idrisi.

MOROCCO

PROF. DR. FAROUQ HAMADAH. Beliau telah meriwayatkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki hadith Musalsal bi al Awwaliyyah

DR. MUHAMMAD IBN KIRAN. Beliau telah meriwayatkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki hadith Musalsal bil Awwaliyyah dan telah menulis ijazah khusus untuknya.

TUNISIA

AL ‘ALLAMAH SYEIKH MUKHTAR AL SALAMI. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Tunisia selama 13 tahun. Beliau telah meriwayatkan hadith Musalsal bil Awwaliyyah dan mengijazahkan segala kitab karangan dan amalannya kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

MALAYSIA

TUAN GURU HAJI IBRAHIM BIN DAHAN– Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar dengannya kitab Matla’ al Badrain, Hikam Ibni `Atoillah, Dur al Nafis, Minhaj al Abidin, Furu’ al Masail, Aqidah al Najiin, Sair al Salikin, Ahzab dan Aurad Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani dan lain-lain lagi. Beliau merupakan ‘Guru Saka’ di daerah Rembau yang banyak mendukung Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Beliau pernah mengambil cuti mengajar untuk menghadiri ceramah pertama Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sempena sambutan Maulid Nabi di Masjid Nerasau, Rembau dan menjemput Syeikh Muhammad Fuad al Maliki menyampaikan syarahan Maulid Nabi di madrasahnya, Madrasah al Islamiah Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, Rembau.

Beliau belajar ilmu Falak daripada Tuan Guru Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidiq (Syeikh al Islam Kedah) dan pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali. Di antara kitabnya yang terkenal ialah Kitab Nur al Aulad dan beliau bertanggungjawab menyusun Taqwim Solat yang digunapakai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor serta beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. Beliau telah mengamanahkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki menyambung kuliah hari Rabu selepas pemergiannya pada 3 Ogos 1997.

TUAN GURU HAJI ABDUL WAHID BIN UTHMAN– Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar dengannya kitab Riyadh al Solihin, Tahzib Atraf al Hadith, Hikam Ibni Ato’illah, Tafsir al Quran dan lain-lain.

TUAN GURU MURSYID DIRAJA DATO’ HAJI TAJUDDIN IBN ABDUL RAHMAN– Beliau berasal dari Hadhramaut dan menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum kewafatannya. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar daripadanya ilmu Tauhid, Feqah, Usul Feqh dan ilmu Tasawwuf iaitu kitab Minhaj al Abidin. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan ijazah yang tidak pernah diijazahkannya kepada muridnya sebelum itu.

Beliau sangat mengasihi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan banyak memberikan galakan kepadanya. Beliau mengiktiraf keilmuan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan memberitahu kepada orang ramai bahawa Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ besar.

TUAN GURU DATO’ ABDULLAH BIN SIJANG, bekas Qadhi Daerah Port Dickson. Beliau pernah mengijazahkan Tariqat Ahmadiah yang diterimanya daripada Tok Syafi’i dan sanad hadith yang diterimanya daripada Syeikh Hasan Masysyat di Makkah al Mukarramah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Sebelum kewafatannya, beliau pernah mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki beberapa ilmu hikmah, kaifiat muraqabah dan fidyah orang mati.

TUAN GURU DATO’ HJ. NAWAWI BIN HASAN- Beliau pernah mengajar Syeikh Muhammad Fuad al Maliki ilmu Nahu; Nahu Wadhih dan Matan al Fiyyah di Ma’had Ahmadi Gemencheh

SAHIBUS SAMAHAH DATO’ HASAN BIN SAIL, bekas Mufti Kerajaan N.Sembilan. Beliau pernah mengajar Syeikh Muhammad Fuad al Maliki kitab Hidayah al Sibyan di Surau Kg. Tengah, Rembau, N. Sembilan.

TUAN GURU SYEIKH ABDULLAH BIN ABDUR RAHMAN, Mudir Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sanad yang diterimanya daripada Syeikh Yasin ibn Isa al Fadani al Hasani, Syeikh Abdul Qadir al Mandili, Sayyid Alawi ibn Abbas al Maliki dan mengijazahkan Tariqat Ahmadiah kepadanya.

TUAN GURU HAJI AHMAD BIN MUHAMMAD AJI. Beliau merupakan murid kepada Syeikh Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Tuan Guru Haji Husin Langgar Kedah. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar beberapa buah kitab karangan al Marhum Syeikh Ahmad t daripadanya di Masjid Semerbok Rembau, N.Sembilan. Tetapi, apabila Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pulang dari al Azhar, beliau pula datang belajar dengannya kitab Syarah Hikam karangan Syeikh Ibnu ‘Ubbad dan kitab hadith Zad al Muslim karangan Syeikh Habib Allah al Syanqiti. Beliau menegaskan bahawa tiada lagi orang alim di Rembau kecuali Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

INDONESIA

SYEIKH ABDUL HAMID AL MAKKI. Beliau telah mengijazahkan dan meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.

SYEIKH ABDUL KARIM AL BANJARI AL MAKKI. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki kerap menghadiri majlis pengajiannya yang terletak di Masjid al Haram. Di antara kitab yang pernah dipelajari daripadanya ialah Kitab Dalil al Falihin dan beliau telah mengijazahkan secara khusus kitab sanad al Maslak al Jali kepadanya.

AL HABIB SOLEH AL ‘AIDARUS. Beliau ialah murid Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki.

SINGAPURA

TUAN GURU HAJI ABDUL RASHID BIN SYEIKH HAJI MUHAMMAD SA’ID – Matla’ al Badrain dan Sair al Salikin. Orang pertama yang mengijazahkan Tariqat Ahmadiah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sewaktu berusia 8 tahun.

SYEIKH AHMAD SONHAJI. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki kitab tafsirnya yang masyhur, ‘Ibra al Athir di Majlis Agama Islam Singapura ketika beliau menghadiri majlis ceramah Syeikh Muhammad Fuad al Maliki di sana.

SAYYID AHMAD SEMAIT. Beliau telah mengijazahkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki semua kitab karangan dan terjemahannya.

Antara karya beliau ialah:

Rasulullah dan Sirah

1. Rasulullah dari Perspektif Imam Syafi’i
2. Maulid Nabi dalam Necara Nabawi
3. Rantaian Nasab Nabi
4. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
5. Hukum Menghina Nabi
6. Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur
7. Keunggulan Rasulullah
8. Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan)
9. Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan)
10. Keistimewaaan Rasulullah
11. Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan)
12. Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj

Manaqib dan Biografi

1. Sayyid Ahmad ibn Idris
2. Al Maliki: Ulama’ Rabbani Kurun ke-21
3. Hujjah al Islam Imam al Ghazali
4. Mendekati Sayyid Ja’afar al Barzanji
5. Al Imam Abu Hasan al ‘Asy’ari
6. Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti
7. Biografi Syeikh Muhammad Harith
8. Manaqib Sayyidah Khadijah al Kubra
9. Sayyid Ibrahim al Rasyid

Tasawwuf

1. Hubungan Tasawuf Dengan Sunnah
2. Kewajipan Bertasawwuf (Terjemahan)
3. Qatr al Ghaithiyyah (Semakan dan Cetakan semula)
4. Hikam Abi Madyan (Semakan dan Cetakan Semula)
5. Hikam Syeikh Raslan (Terjemahan)
6. Adab-adab Salikin (Adaptasi)
7. Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam
8. Adab Tariq (Terjemahan)

Zikir dan Amalan

1. Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar (Terjemahan Syawariq al Anwar)
2. Lautan Zikir Ahli Arifin
3. Perisai Tiga Kekasih Allah
4. Kanz al Sa’adah (Tahqiq dan Terjemahan)
5. Ahzab wa Aurad Manhaj al Ahmadi al Idrisi (Tahqiq)
6. Doa Majlis Sayyid Ahmad ibn Idris
7. Aurad Ahmadiah dan Ratib Haddad
8. Hizib Bahr
9. Hizib al Imam Ghazali
10. Hizib Imam Nawawi
11. Salawat 40 (Terjemahan)
12. Manzumah Tawassul Asma’ al Husna (Cetakan Semula)
13. Amalan Bulan Rejab
14. Doa Malam Nisfu Sya’ban
15. Tazkirah Ramadhan
16. Amalan Bulan Safar al Khair
17. Amalan Bulan Zulhijjah
18. Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura
19. Doa Untuk Ibu bapa dan Anak-anak
20. Duru’ al Wiqayah bi Ahzab al Himayah (Cetakan semula)
21. Surah Yaasin Kaifiat dan Doanya
22. Doa Sayyid Ibrahim al Rasyid
23. Wasilah Para ‘Abid
24. Doa Angin Ahmar
25. Amalan Memudahkan Rezeki
26. Amalan Menguatkan Ingatan dan Menghindari Was-was
27. Himpunan Ayat-ayat Penjaga
28. Solat Sunat Sayyid Ahmad ibn Idris
29. 40 Salawat Pilihan Ke atas Nabi
30. Jampi Penawar Dari al Quran (Terjemahan)
31. Ratib Hari Jumaat
32. Pendinding Diri
33. Amalan Menolak Wabak dan Bala

Aqidah dan Tauhid

1. Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
2. Qawa’id al ‘Aqaid (Terjemahan)
3. Wahhabisme Dari Neraca Syara’
4. Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
5. Penjelasan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
6. Agamamu Dalam Bahaya (Terjemahan)
7. I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Cetakan semula)
8. Aqidah Awam (Terjemahan)
9. Pendapat Ahli Sunnah Yang Bertentangan Dengan Pendapat Wahhabi (Terjemahan)

Tafsir

1. Tafsir Surah al Fatihah (Tahqiq)
2. Tafsir Surah Dhuha
3. Tafsir Surah al Insyirah
4. Tafsir Surah al Kauthar
5. Tafsir Surah Yaasiin

Hadith

1. Musyahadah Ruh Insan Bertaqwa (Terjemahan)
2. Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait (Terjemahan)
3. Kelebihan Memelihara dan Membiaya Anak Yatim
4. Kelebihan al Quran (Terjemahan)
5. Mutiara Nabawi (Terjemahan)
6. Mutiara Sa’adah (Terjemahan)
7. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
8. Hidayah al Mukhtar (Terjemahan)
9.Galakan Melakukan Amal Kebaikan (Terjemahan)

Feqah
1. Munyah al Musolli (Tahqiq)
2. Safinah al Naja (Terjemahan)
3. Hukum Membaca Basmalah
4. Hukum Mengikut Imam Yang Menyalahi Mazhab Makmum
5. Posisi Imam Ketika Solat Jenazah
6. Pendapat Ulama’ Hukum Mencium Tangan

Sanad dan Ijazah (Athbat)

1. Al Musalsalat al ‘Asyarah
2. Al Toli’ al Sa’id (Bahasa Arab)
3. Kunuz al Anwar al Muntakhab min Asanid al Akhyar (Bahasa Arab)
4. Al Jawahir al Ghawali min Asanid al Imam al Azhari (Bahasa Arab)
5. Musalsal Orang-orang Mulia
6. Al Yaqut al Nafis min Asanid al Muhaddith Sayyid Ahmad ibn Idris. (Bahasa Arab)
7. Fath al Rahman bi Asaniid Mufti Nejri Sembilan (Bahasa Arab)
8. Al Bahjah al Mardiyyah fi Musalsalat al Rembawiyyah (Bahasa Arab)
9. Bulugh al Amani al Muntakhab min al Musalsalat al Maliki (Bahasa Arab)
10.Sanad al Aurad al Qusyasyiah
11.Al Manhal al Karim fi Asaniid al Quran al ‘Azim (Bahasa Arab)

Lain-lain

1. Kefahaman Yang Wajib diperbetulkan (Terjemahan Mafahim Yajibu an Tusohhah)
2. Akhlak Salafussoleh (Terjemahan)
3. Qudwah Hasanah Dalam Manhaj Dakwah

Saya ucapkan tahniah kepada pembaca kerana membaca dengan penuh kesabaran dan teliti. Sekali lagi saya ucapkan, TAHNIAH!!!!!!!
100% copy n paste......

Friday, December 9, 2011

Adab Minum Rasulullah SAW


Adab-adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali saat minum. Baginda bersabda " Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.

Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk". Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Rasulullah SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan Rasulullah pernah dihidangkan dengan semangkuk susu dan semangkuk khamar (arak) pada malam Isra'. Rasulullah walau bagaimanapun telah memilih susu. Jibril berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kamu hidayah menuju fitrah. Jika kamu mengambil khamar nescaya umat kamu akan sesat"

ISLAM IS LIFESTYLE......

Wednesday, December 7, 2011

Kisah Karomah Habib Munzir Al Musawwa


Habib Munzir Al-Musawwa
Cerita dari jamaah Majelis Rasulullah tentang Karomah Habib Munzir Al Musawwa

Artikel dibawah ini awalnya, dari web pembaca blog saya. Kemudian si pemilik web, mas yogo saptono memberikan sumber aslinya dari milist MajelisRasulullah majelisrasulullah@yahoogroups.com. Artikel dibawah ini merupakan postingan dalam milist tersebut yang dikirim oleh pemudasuci@yahoo.com. Beberapa bagian saya potong untuk mempermudah pembacaan. Selanjutnya tulisan dibawah ini merupakan isi postingan dimilist tersebut.

Ketika ada orang yg iseng bertanya padanya : wahai habib, bukankah Rasul saw juga punya rumah walau sederhana??, beliau tertegun dan menangis, beliau berkata : iya betul, tapikan Rasul saw juga tidak beli tanah, beliau diberi tanah oleh kaum anshar, lalu bersama sama membangun rumah.., saya takut dipertanyakan Allah kalau ada orang muslim yg masih berumahkan koran di pinggir jalan dan di gusur gusur, sedangkan bumi menyaksikan saya tenang tenang dirumah saya..

pernah ada seorang wali besar di Tarim, guru dari Guru Mulia Almusnid alhabib Umar bin Hafidh, namanya Hb Abdulqadir Almasyhur, ketika hb munzir datang menjumpainya, maka habib itu yg sudah tua renta langsung menangis.. dan berkata : WAHAI MUHAMMAD…! (saw), maka Hb Munzir berkata : saya Munzir, nama saya bukan Muhammad.., maka habib itu berkata : ENGKAU MUHAMMAD SAW..!, ENGKAU MUHAMMAD.. SAW!, maka hb Munzir diam… lalu ketika ALhabib Umar bin Hafidh datang maka segera alhabib Abdulqadir almasyhur berkata : wahai umar, inilah Maula Jawa (Tuan Penguasa Pulau Jawa), maka Alhabib Umar bin Hafidh hanya senyam senyum.. (kalo ga percaya boleh tanya pada alumni pertama DM)

lihat kemanapun beliau pergi pasti disambut tangis ummat dan cinta, bahkan sampai ke pedalaman irian, ongkos sendiri, masuk ke daerah yg sudah ratusan tahun belum dijamah para da’i, ratusan orang yg sudah masuk islam ditangannya, banyak orang bermimpi Rasul saw selalu hadir di majelisnya,

bahkan ada orang wanita dari australia yg selalu mimpi Rasul saw, ia sudah bai’at dengan banyak thariqah, dan 10 tahun ia tak lagi bisa melihat Rasul saw entah kenapa, namun ketika ia hadir di Majelis Hb Munzir di masjid almunawar, ia bisa melihat lagi Rasulullah saw..

maka berkata orang itu, sungguh habib yg satu ini adalah syeikh Futuh ku, dia membuka hijabku tanpa ia mengenalku, dia benar benar dicintai oleh Rasul saw, kabar itu disampaikan pada hb munzir, dan beliau hanya menunduk malu..

beliau itu masyhur dalam dakwah syariah, namun mastur (menyembunyikan diri) dalam keluasan haqiqah dan makrifahnya. .

bukan orang yg sembarangan mengobral mimpi dan perjumpaan gaibnya ke khalayak umum

ketika orang ramai minta agar Hb Umar maulakhela didoakan karena sakit, maka beliau tenagn tenang saja, dan berkata : Hb Nofel bin Jindan yg akan wafat, dan Hb Umar Maulakhela masih panjang usianya.. benar saja, keesokan harinya Hb Nofel bin Jindan wafat, dan Hb Umar maulakhela sembuh dan keluar dari opname.., itu beberapa tahun yg lalu..

ketika Hb Anis Alhabsyi solo sakit keras dan dalam keadaan kritis, orang orang mendesak hb munzir untuk menyambangi dan mendoakan Hb Anis, maka beliau berkata pd orang orang dekatnya, hb anis akan sembuh dan keluar dari opname, Insya Allah kira kira masih sebulan lagi usia beliau,..

betul saja, Hb Anis sembuh, dan sebulan kemudian wafat..

ketika gunung papandayan bergolak dan sudah dinaikkan posisinya dari siaga 1 menjadi “awas”, maka Hb Munzir dg santai berangkat kesana, sampai ke ujung kawah, berdoa, dan melemparkan jubahnya ke kawah, kawah itu reda hingga kini dan kejadian itu adalah 7 tahun yg lalu (VCD nya disimpan di markas dan dilarang disebarkan)

demikian pula ketika beliau masuk ke wilayah Beji Depok, yg terkenal dg sihir dan dukun dukun jahatnya., maka selesai acara hb munzir malam itu, keesokan harinya seorang dukun mendatangi panitya, ia berkata : saya ingin jumpa dg tuan guru yg semalam buat maulid disini..!, semua masyarakat kaget, karena dia dukun jahat dan tak pernah shalat dan tak mau dekat dg ulama dan sangat ditakuti, ketika ditanya kenapa??, ia berkata : saya mempunyai 4 Jin khodam, semalam mereka lenyap., lalu subuh tadi saya lihat mereka (Jin jin khodam itu) sudah pakai baju putih dan sorban, dan sudah masuk islam, ketika kutanya kenapa kalian masuk islam, dan jadi begini??, maka jin jin ku berkata : apakah juragan tidak tahu?, semalam ada Kanjeng Rasulullah saw hadir di acara Hb Munzir, kami masuk islam..!

kejadian serupa di Beji Depok seorang dukun yg mempunyai dua ekor macan jadi jadian yg menjaga rumahnya, malam itu Macan jejadiannya hilang, ia mencarinya, ia menemukan kedua macan jadi2an itu sedang duduk bersimpuh didepan pintu masjid mendengarkan ceramah hb munzir..

demikian pula ketika berapa muridnya berangkat ke Kuningan Cirebon, daerah yg terkenal ahli santet dan jago jago sihirnya, maka hb munzir menepuk bahu muridnya dan berkata : MA’ANNABIY.. !, berangkatlah, Rasul saw bersama kalian..

maka saat mereka membaca maulid, tiba tiba terjadi angin ribut yg mengguncang rumah itu dg dahsyat, lalu mereka mnta kepada Allah perlindungan, dan teringat hb munzir dalam hatinya, tiba tiba angin ribut reda, dan mereka semua mencium minyak wangi hb munzir yg seakan lewat dihadapan mereka, dan terdengarlah ledakan bola bola api diluar rumah yg tak bisa masuk kerumah itu..

ketika mereka pulang mereka cerita pd hb munzir, beliau hanya senyum dan menunduk malu..

demikian pula pedande pndande Bali, ketika Hb Munzir kunjung ke Bali, maka berkata muslimin disana, habib, semua hotel penuh, kami tempatkan hb ditempat yg dekat dengan kediaman Raja Leak (raja dukun leak) di Bali, maka hb munzir senyum senyum saja, keesokan harinya Raja Leak itu berkata : saya mencium wangi Raja dari pulau Jawa ada disekitar sini semalam..

maaf kalo gue ceplas ceplos, cuma gue lebih senang guru yg mengajar syariah namun tawadhu, tidak sesohor, sebagaimana Rasul saw yg hakikatnya sangat berkuasa di alam, namun membiarkan musuh musuhnya mencaci dan menghinanya, beliau tidak membuat mereka terpendam dibumi atau ditindih gunung, bahkan mendoakan mereka,

demikian pula ketika hb munzir dicaci maki dg sebutan Munzir ghulam ahmad..!, karena ia tidak mau ikut demo anti ahmadiyah, beliau tetap senyum dan bersabar, beliau memilih jalan damai dan membenahi ummat dg kedamaian daripada kekerasan, dan beliau sudah memaafkan pencaci itu sebelum orang itu minta maaf padanya, bahkan menginstruksikan agar jamaahnya jangan ada yg mengganggu pencaci itu,
kemarin beberapa minggu yg lalu di acara almakmur tebet hb munzir malah duduk berdampingan dg si pencaci itu, ia tetap ramah dan sesekali bercanda dg Da’i yg mencacinya sebagai murtad dan pengikut ahmadiyah..

Sumber Mailing list Majelis Rasulullah 

Sumber: