Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki |
Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam
Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427
Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah,
Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan
Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia).
Antara kitab-kitab yang pernah beliau mengajar ialah: Tafsir
Jalalain, Tafsir Nur al Ihsan, Al Syifa’ bi Ta’rif Huquq al Mustofa, Al Syamail
al Muhammadiah, Al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wa al Wasaya al
Imaniyyah, Aqidah al Awam, Aqidah Islam Imam al Ghazali, Safinah al Najah,
Hikam Ibni Ataillah, Hikam Abi Madyan, Hikam Ibni Raslan, Minhaj al Abidin,
Qatr al Ghaithiyyah, Tanbih al Ghafilin, Munyah al Musolli , Hidayah al
Salikin, Tuhfah al Gharaibin dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan sebahagian pengenalan terhadap syeikh,
sebagaimana yang telah ditulis oleh anak murid iaitu Ust Mujahid b. Abdul Wahab
di dalam bukunya yang berjudul: “Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki yang ku kenali”
:
“..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang
begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia
adalah warisan ulama’ dan salafussoleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau
telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi
memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan
dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.
Beliau telah bermusafir ke negara-negara Islam seperti
Mesir, Sudan, Syria, Lubnan, Palestin, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah,
Turki, Indonesia, Singapura dan lain-lain untuk tujuan itu dan telah mendapat
redha dan restu daripada ramai tokoh-tokoh dan jaguh ulama’ Islam dalam bidang
ilmu dan dakwah. Daripada merekalah beliau memohon tunjuk ajar, nasihat dan doa
agar diberikan taufiq dan kekuatan dalam meneruskan agenda dakwah dan
melangsungkan kesinambungannya.
Dari kaca mata beliau, seseorang pendakwah itu haruslah
dilengkapi dengan beberapa perkara iaitu ilmu, kecemburuan terhadap agama serta
apa yang lebih utama lagi ialah keizinan dan sanad daripada para masyayikh
untuk menjalankan usaha dakwah dan tarbiah.
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga adalah seorang ulama’
yang amat memuliakan para guru dan masyayikhnya. Beliau sentiasa merendahkan
diri di hadapan mereka serta sanggup menggadaikan masa, tenaga dan harta demi
memenuhi permintaan dan mendamba keredhaan mereka.
Disebabkan sifat sodiq dan amanahnya itu, Allah telah
melimpahkan keberkatan ilmu dan futuh terhadapnya serta mencampakkan perasaan
kasih ke dalam hati anak-anak murid juga insan-insan yang mendampinginya.
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga memilik keistimewaan
yang tidak dikongsi oleh kebanyakan insan yang lain. Beliau amat dikasihi oleh
para gurunya dan perkara ini dibuktikan dengan perhatian khusus yang diberikan
oleh para masyayikh terhadapnya. Nikmat ini adalah sebesar-besar nikmat yang
tidak dikongsi oleh beliau dengan rakan-rakannya yang lain. Kasih para
masyayikhnya yang mendalam ini telah banyak memberikan kekuatan serta memandu
kehidupan beliau.
Setiap ulama’ dari serata dunia Islam sama ada yang
ditemuinya di luar negara mahupun yang datang menziarahinya di Malaysia, akan
menyatakan hasrat mereka untuk mengambil beliau sebagai muridnya. Begitu juga
mereka berharap agar anak-anak murid beliau dapat melanjutkan pengajian di
madrasah-madrasah yang diasaskan oleh mereka sama ada Makkah, Syria, Yaman dan
lain-lain lagi.
Di antara para masyayikh yang telah banyak mencurahkan ilmu,
nasihat, sanad dan ijazah kepada beliau ialah:
DARI MESIR
SYEIKH ABDULLAH AL SYURA. Di antara kitab yang dipelajari
daripadanya ialah Tuhfah al Murid ‘ala Jauharah al Tauhid, Syarah Ibni ‘Aqil
dan Kifayah al Akhyar di rumahnya pada setiap pukul enam pagi.
SYEIKH MAHMUD AL ADAWI, Imam Besar Masjid Syeikhah Sobah di
Tanta, Mesir – Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam, Qalyubi wa ‘Umairah, al Hawi li
al Fatawi, Qatr al Nada wa Bal al Soda dan Syuzur al Zahab di Pejabat Masjid
Syeikhah Sobah.
SYEIKH HUSAIN AL DARWISYI– Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
belajar kitab Kifayah al Akhyar di Pejabat Fatwa Masjid Sayyid Ahmad al Badawi.
Di sinilah, Syeikh Muhammad Fuad al Maliki bergaul dengan ulama’ al Azhar dan
mengetahui selok belok mengeluarkan fatwa. Jika Syeikh Husain mempunyai suatu
urusan dan tidak dapat mengajar, maka beliau akan menyuruh rakan-rakannya dari
kalangan syeikh-syeikh yang lain supaya mengajar Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki.
Beliau amat menyayangi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
Setelah selesai belajar, Syeikh Muhammad Fuad al Maliki menghadiahkan kepadanya
sagu hati dan manis-manisan sebagai tanda terima kasih seorang murid. Namun,
beliau tidak menerimanya dan mengembalikan semula pemberian tersebut. Beliau
hanya menerimanya setelah didesak oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tetapi
diserahkannya semula kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan kemudian
mengucup dahi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebagai tanda kasihnya.
SYEIKH WAJIHUDDIN AL TURKI. Beliau berasal dari Turki tetapi
keluarganya berpindah ke Tonto, Mesir selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah. Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki mempelajari kitab Tuhfah al Murid ’ala Jauharah al
Tauhid dengannya di rumah yang disewa oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM AL ASYMAWI. Beliau belajar kitab al
Tuhfah al Saniyyah fi Syarh Matan al Ajrumiah dan mempelajari ilmu I’rab di
Masjid Sayyid Ahmad al Badawi dan Masjid Syeikhah al Sobah dengannya.
DR. ALI JUMA’AH, Mufti Kerajaan Mesir – Sohih Muslim dan
Jam’u al Jawami’ di Masjid al Azhar.
SYEIKH ABDUL GHANI IBN SOLEH AL JA’FARI. Beliau mengijazahkan
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Tariqat al Ja’fariah al Ahmadiah al Muhammadiah
dan sanad ayahandanya, Imam Besar Masjid al Azhar, Syeikh Soleh ibn Muhammad al
Ja’fari. Beliau juga telah menghadiahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tasbih,
sajadah dan kopiah ayahandanya, Syeikh Soleh al Ja’fari.
DR. JUDAH AL MAHDI AL HUSAINI. Beliau merupakan Naib Rektor
al Azhar. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki belajar daripadanya secebis daripada
Tafsir Fakhruddin al Razi dan ilmu Tasawwuf. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
juga telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu dan mengambil ba’iah Tariqat al
Naqsyabandiah daripadanya.
SYEIKH ABDUL SALAM ABU AL FADHL AL HASANI– Beliau telah
mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki zikir Tariqat al Syazuliyyah dan
Hizib al Bahr.
Beliau merupakan seorang auliya’ Allah yang hebat dan
mempunyai kasyaf yang tajam pada ketika itu. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
menceritakan, semasa pergi mengerjakan solat Jumaat bersama rakan-rakannya,
salah seorang daripada mereka tidak mengerjakan solat Subuh. Dengan ketajaman
kasyaf yang dimilikinya, beliau tiba-tiba memotong tajuk asal khutbahnya dan
masuk kepada tajuk Kepentingan Solat Subuh.
DR. AHMAD UMAR HASYIM, Mantan Rektor al Azhar. Beliau telah
mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki tiga buah hadith berkaitan rahmah
dan belas kasihan.
Beliau juga mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad sanad-sanad
ilmu yang beliau terima daripada Syeikh Muhammad Yasiin ibn Isa al Fadani,
Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki, Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud dan
lain-lain. Beliau juga tidak ketinggalan mengijazahkan Syeikh Muhamad Fuad al
Maliki segala kitab karangannya terutama syarah Sahih al Bukhari yang bertajuk
Faidh al Bari sebanyak 15 jilid.
AL MUHADDITH DR. MAHMUD SA’ID MAMDUH, Penyelidik di Pusat
Penyelidikan Islam Dubai. Beliau telah menulis ijazah untuk Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki dan telah memunawalahkan kitabnya yang bertajuk al Ta’rif
sebanyak 6 jilid, al Bayan yang mensyarahkan al Muhazzab karangan Imam al
Syairazi dan kitab-kitab lain. Beliau juga telah menasihati Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki supaya menguasai bahasa Arab dengan sedalam-dalamnya.
SAYYID MUSTAFA IBN AHMAD AL SYARIF AL HASANI. Beliau ialah
Syeikh Tariqat al Ahmadiah al Idrisiyyah di Mesir. Menetap di Darau Aswan,
Selatan Mesir. Penduduk di sana memanggil beliau dengan gelaran Abu Hasyim yang
bermaksud ayah yang suka menjamu makanan kerana beliau bersifat sangat pemurah
kepada faqir miskin dan sentiasa membantu kehidupan mereka. Beliau telah
memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan Khirqah Sufi, dengan sanadnya
daripada ayahandanya Sayyid Ahmad al Syariif, daripada Sayyid Muhammad al
Syariif, daripada Sayyid Abdul ‘Ali daripada Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani.
Beliau juga mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki segala karangan
murid-murid Sayyid Ahmad ibn Idris terutamanya karya-karya Sayyid Uthman al
Mirghani.
SAYYID MA’MUN IBN SAYYID ABDUL QADIR AL HASANI. Beliau ialah
Syeikh Tariqat al Ahmadiah di Kaherah dan beliau sentiasa mengadakan majlis
Hadharah di Masjid Sayyiduna Husain.
SAYYID IDRIS IBN SAYYID MUSTAFA AL HASANI. Beliau telah
memakaikan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Khirqah Sufi dan menggelarkannya
dengan al Ahmadi.
SAYYID IDRIS IBN ABDUL RAHIM AL IDRISI, Khadam Masjid Sayyid
Ahmad di Zainiyyah, Luxor, iaitu tempat Sayyid Ahmad ibn Idris pernah menerima
Tahlil Khusus daripada Rasulullah.
AL MUHADDITH SYEIKH MUHAMMAD IBN IBRAHIM AL KATTANI. Beliau
merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata
mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di
dunia ini. Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab
kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa
beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam
mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail
al Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah
bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.”
Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya
sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al
Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh
Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh
beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah. Beliau pernah menceritakan
pengalaman dengan gurunya ini kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan
menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk
meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk
memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis
pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan
Sayyiduna Ali t. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah
mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.
Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani.
Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya
beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani.
Di antara gurunya juga ialah al Muhaddith Syeikh Abdullah
Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama
Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah
al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah
yang salah.
Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi
ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau
meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya
mengandungi senarai 700 orang gurunya. Beliau adalah antara guru yang amat dikasihi
oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, begitu jugalah beliau. Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki telah membaca kesemua kandungan kitab Jiyad al Musalsalaat
karangan Imam Sayuti, al Iqd al Thamin karangan Imam al Ajluni t, Manzumah
Aqidah Awam karangan Imam al Marzuqi, Matan Mustalah hadith al Imam al Baiquni
dan sebahagian daripada Syamail al Muhammadiyyah Imam al Tirmizi dan Hikam Ibni
Ata’illah al Sakandari dengannya. Beliau telah menulis ijazah khusus untuk
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebanyak dua kali.
SYEIKH USAMAH SA’ID. Beliau telah meriwayatkan kepada Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan Membaca surah al
Saf.
PROF. DR. SA’AD JAWISH. Beliau ialah seorang profesor hadith
di Universiti al Azhar dan telah menulis ijazah khusus kepada Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki
AL ALLAMAH SYEIKH ISMAIL IBN SODIQ AL ‘ADAWI, Imam Jami’ al
Azhar. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki amat terkesan dengan ilmu-ilmu dan
khutbah Jumaat yang disampaikan oleh beliau di Masjid al Azhar dan Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki sentiasa melaziminya. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah
menegaskan, beliau merasakan zauq dan wujdan apabila mendengar khutbahnya
kerana khutbahnya adalah ilham daripada Allah. Kenapa tidak beliau
dianugerahkan nikmat sedemikian kerana beliau merupakan cucu kepada Abi al
Barakat al Dardir. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki juga pernah mendengar
pengajaran kitab al Syamail al Muhammadiah daripadanya.
AL MUHADDITH AL MU’AMMAR SYEIKH SA’AD BADRAN. Beliau telah
meriwayatkan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah kepada Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki dan mengijazahkan sanadnya yang tinggi di rumahnya di Dumyat Mesir.
Beliau meriwayatkannya daripada syeikhnya, Abi al Nasr al Qauqaji, daripada
ayahandanya Abi al Mahasin al Qauqaji, daripada al Sayyid ‘Abid al Sindi dengan
sanadnya yang sampai hingga kepada Rasulullah.
Begitu juga Syeikh Abi al Nasr al Qauqaji meriwayatkan
daripada al Syeikh Muhammad ibn Ahmad Yusuf al Bahi al Misri al Maliki al
Azhari, daripada al Hafiz al Sayyid Abi al Fadhl Muhammad Murtadha al Zabidi
dengan sanadnya yang sampai kepada Rasulullah.
AL MUHADDITH AL SUFI SYEIKH AHMAD IBN DARWISH. Beliau
merupakan anak angkat kepada al Muhaddith Sayyid Abdullah al Ghumari t. Beliau
telah digelar dengan al Sufi oleh Syeikhnya. Setengah dari kalangan ahli sufi
mengatakan bahawa beliau adalah di antara abdal pada zaman ini. Beliau telah
diijazahkan oleh Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari, mantan Mufti Mesir Syeikh
Hasanain Makhluf, Muhaddith negara India Syeikh Habib al Rahman al A’zami dan
lain-lain lagi. Beliau telah meriwayatkan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan
mengijazahkan segala ijazah dan sanadnya kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
Beliau juga telah mengijazahkan Tariqat al Syazuliyyah al Siddiqiyyah dan
Salawat Dalail al Khairaat dan meminta Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
mengadakan majlis bacaan salawat tersebut di madrasahnya.
MAKKAH AL MUKARRAMAH
DR. SAYYID MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL MALIKI. Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki pernah belajar dengannya kitab Nasaih al Diniyyah, Sahih al
Bukhari, Sunan Abi Daud, Fath al Mughith, Tafsir Ibnu Kathir, al Fawaid al
Jalilah fi Musalsalat dan meriwayatkan daripadanya semua hadith Musalsal yang
terdapat di dunia dan lain-lain. Beliau juga telah mengijazahkan Tariqat al
Ahmadiah al Idrisiah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, memakaikannya
Khirqah Sufi dan memberikannya bai’ah yang tidak diberikan kepada semua orang
melainkan hanya kepada segelintir daripada murid-muridnya dan mengamanahkan
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki supaya menjadi khalifahnya. Beliau juga
memberikan kepercayaan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk menterjemah
dan menerbitkan kitab-kitab karangannya. Bahkan, beliau juga telah memberikan
bantuan moral dan material kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk
membangunkan madrasahnya.
SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD AL MALIKI. Beliau merupakan
khalifah ayahandanya yang telah membai’ah dan memakaikan Syeikh Muhammad Fuad
al Maliki dengan Khirqah Sufi.
DR.UMAR ABDULLAH KAMIL. Beliau telah mengijazahkan Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki segala kitab karangannya dan juga kitab sanadnya yang
bertajuk al I’lam bi Ijazah al A’lam. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mempunyai
hubungan yang rapat dengan beliau sehingga ke hari ini mereka sering
berhubungan bagi mengadakan muzakarah ilmu.
Syeikh Ali Qaddur al Madani. Beliau berketurunan Sayyid
Ahmad al Rifa’i dari sebelah ayahandanya dan Sayyid Abdul Qadir al Jailani dari
sebelah bondanya. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
segala ilmu zahir dan batin termasuk Tariqat al Rifa’iyyah.
Al Habib Umar Hamid al Jailani. Beliau ialah keturunan
Sayyid Abdul Qadir al Jailani. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad
al Maliki Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan kitab sanad Mufti Johor al Habib
Alawi Tahir.
DUBAI
DR. ISA IBN ABDULLAH IBN MANI’ AL HIMYARI, Menteri Waqaf
Dubai. Beliau menegaskan bahawa Syeikh Muhammad Fuad al Maliki merupakan orang
pertama yang diijazahkan olehnya.
AL ALLAMAH DR. AHMAD MUHAMMAD NUR SAIF, Pengerusi Pusat
Penyelidikan Islam Dubai. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki hadith Musalsal bi al Awwaliyah.
SYRIA
DR. MUHAMMAD MUTI’ IBN MUHAMMAD WASIL AL HAFIZ AL DIMASYQI,
Pentashih al Quran di Kementerian Waqaf, Dubai. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
pernah menerima hadith Musalsal bi al Awwaliyah, Musafahah dan Munawalah Subhah
dan lain-lain daripadanya.
DR. KHALAF MUHAMMAD AL MUHAMMAD AL HALABI. Beliau
mengijazahkan sanad yang diterimanya daripada Syeikh Muhammad Yaasiin al Fadani
kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
SYEIKH HUSAIN SO’BIYYAH. Beliau adalah syeikh di Dar al
Hadith al Asyrafiyyah, Damsyiq, tempat di mana Imam Nawawi pernah menjadi
syeikh. Beliau telah meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan
mengijazahkan ijazah-ijazah yang diterima daripada guru-gurunya kepada Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki.
YAMAN
SYEIKH ALI HAMID AHMAD ABDUH HASAN QASIM AL SO’FANI AL MAKKI
AL YAMANI, Ahli Majlis Fatwa Kementerian Waqaf Dubai. Beliau telah menggelarkan
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan al Ariif billah (orang yang kenal Allah).
Beliau pernah mengatakan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, “Apabila
guru-guru kamu telah mengasihi kamu, maka akan dibukakan segala kefahaman ilmu
ke dalam dada kamu.”
HABIB UMAR IBN MUHAMMAD IBN SALIM IBN HAFIZ, Mudir Dar al
Mustafa. Beliau telah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sebanyak
tiga kali dan juga meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah, Musafah dan
Musyabakah kepadanya. Beliau juga mengijazahkan kepadanya secara khusus kitab
Iqaz al Himam fi Syarh al Hikam, Syarah Hikam Syeikh Zarruq dan Syarah Hikam
Syeikh Abdul Majid al Syurbuni supaya Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dapat
mengambil faedah daripadanya dalam urusan dakwah. Beliau juga mengijazahkan
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki untuk keluar berdakwah dan mengajar umat.
HABIB ALI AL JUFRI, Naib Mudir Dar al Mustafa. Beliau telah
meriwayatkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki Musalsal bi al Awwaliyyah
dan Talqim serta mengijazahkannya
SUDAN
SAYYID MUSTAFA IBN IDRIS AL HASANI
SAYYID IBNU IDRIS AL HASSAN AL IDRISI
PROF. DR. SAYYID ABDUL WAHHAB AL TAZI AL IDRISI, Pensyarah
di Universiti Islam Madinah al Munawwarah. Beliau telah memakaikan Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki al Khirqah al Sufiyyah
SAYYID AHMAD IBN IDRIS AL HASANI. Beliau menetap di Dunqala
Sudan.
SAYYID MUHAMMAD IBN IDRIS AL HASANI. Beliau ialah Syeikh
Tariqat Idrisiyyah al Ahmadiyyah dan menetap di Khartum sebagai khalifah
ayahandanya Sayyid Idris al Idrisi.
SAYYID MUJADDIDI AL HASAN AL IDRISI. Beliau menetap di
Khartum sebagai khadam di Masjid ayahandanya Sayyid Hasan al Idrisi.
MOROCCO
PROF. DR. FAROUQ HAMADAH. Beliau telah meriwayatkan kepada
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki hadith Musalsal bi al Awwaliyyah
DR. MUHAMMAD IBN KIRAN. Beliau telah meriwayatkan kepada
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki hadith Musalsal bil Awwaliyyah dan telah menulis
ijazah khusus untuknya.
TUNISIA
AL ‘ALLAMAH SYEIKH MUKHTAR AL SALAMI. Beliau pernah menjawat
jawatan sebagai Mufti Tunisia selama 13 tahun. Beliau telah meriwayatkan hadith
Musalsal bil Awwaliyyah dan mengijazahkan segala kitab karangan dan amalannya
kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
MALAYSIA
TUAN GURU HAJI IBRAHIM BIN DAHAN– Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki pernah belajar dengannya kitab Matla’ al Badrain, Hikam Ibni `Atoillah,
Dur al Nafis, Minhaj al Abidin, Furu’ al Masail, Aqidah al Najiin, Sair al
Salikin, Ahzab dan Aurad Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani dan lain-lain lagi.
Beliau merupakan ‘Guru Saka’ di daerah Rembau yang banyak mendukung Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki. Beliau pernah mengambil cuti mengajar untuk menghadiri
ceramah pertama Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sempena sambutan Maulid Nabi di
Masjid Nerasau, Rembau dan menjemput Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
menyampaikan syarahan Maulid Nabi di madrasahnya, Madrasah al Islamiah Haji
Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, Rembau.
Beliau belajar ilmu Falak daripada Tuan Guru Haji Wan
Sulaiman bin Wan Sidiq (Syeikh al Islam Kedah) dan pernah berguru dengan
Allahyarham Tok Kenali. Di antara kitabnya yang terkenal ialah Kitab Nur al
Aulad dan beliau bertanggungjawab menyusun Taqwim Solat yang digunapakai di
Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor serta beberapa negeri lain sehingga ke
hari ini. Beliau telah mengamanahkan kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
menyambung kuliah hari Rabu selepas pemergiannya pada 3 Ogos 1997.
TUAN GURU HAJI ABDUL WAHID BIN UTHMAN– Syeikh Muhammad Fuad
al Maliki pernah belajar dengannya kitab Riyadh al Solihin, Tahzib Atraf al
Hadith, Hikam Ibni Ato’illah, Tafsir al Quran dan lain-lain.
TUAN GURU MURSYID DIRAJA DATO’ HAJI TAJUDDIN IBN ABDUL
RAHMAN– Beliau berasal dari Hadhramaut dan menjadi Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan sebelum kewafatannya. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar
daripadanya ilmu Tauhid, Feqah, Usul Feqh dan ilmu Tasawwuf iaitu kitab Minhaj
al Abidin. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan
ijazah yang tidak pernah diijazahkannya kepada muridnya sebelum itu.
Beliau sangat mengasihi Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dan
banyak memberikan galakan kepadanya. Beliau mengiktiraf keilmuan Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki dan memberitahu kepada orang ramai bahawa Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ besar.
TUAN GURU DATO’ ABDULLAH BIN SIJANG, bekas Qadhi Daerah Port
Dickson. Beliau pernah mengijazahkan Tariqat Ahmadiah yang diterimanya daripada
Tok Syafi’i dan sanad hadith yang diterimanya daripada Syeikh Hasan Masysyat di
Makkah al Mukarramah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Sebelum
kewafatannya, beliau pernah mentalqinkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
beberapa ilmu hikmah, kaifiat muraqabah dan fidyah orang mati.
TUAN GURU DATO’ HJ. NAWAWI BIN HASAN- Beliau pernah mengajar
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki ilmu Nahu; Nahu Wadhih dan Matan al Fiyyah di
Ma’had Ahmadi Gemencheh
SAHIBUS SAMAHAH DATO’ HASAN BIN SAIL, bekas Mufti Kerajaan
N.Sembilan. Beliau pernah mengajar Syeikh Muhammad Fuad al Maliki kitab Hidayah
al Sibyan di Surau Kg. Tengah, Rembau, N. Sembilan.
TUAN GURU SYEIKH ABDULLAH BIN ABDUR RAHMAN, Mudir Pondok
Lubuk Tapah, Kelantan. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki sanad yang diterimanya daripada Syeikh Yasin ibn Isa al Fadani al
Hasani, Syeikh Abdul Qadir al Mandili, Sayyid Alawi ibn Abbas al Maliki dan
mengijazahkan Tariqat Ahmadiah kepadanya.
TUAN GURU HAJI AHMAD BIN MUHAMMAD AJI. Beliau merupakan
murid kepada Syeikh Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Tuan Guru Haji
Husin Langgar Kedah. Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pernah belajar beberapa
buah kitab karangan al Marhum Syeikh Ahmad t daripadanya di Masjid Semerbok
Rembau, N.Sembilan. Tetapi, apabila Syeikh Muhammad Fuad al Maliki pulang dari
al Azhar, beliau pula datang belajar dengannya kitab Syarah Hikam karangan
Syeikh Ibnu ‘Ubbad dan kitab hadith Zad al Muslim karangan Syeikh Habib Allah
al Syanqiti. Beliau menegaskan bahawa tiada lagi orang alim di Rembau kecuali
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki.
INDONESIA
SYEIKH ABDUL HAMID AL MAKKI. Beliau telah mengijazahkan dan
meriwayatkan hadith Musalsal bi al Awwaliyyah kepada Syeikh Muhammad Fuad al
Maliki.
SYEIKH ABDUL KARIM AL BANJARI AL MAKKI. Syeikh Muhammad Fuad
al Maliki kerap menghadiri majlis pengajiannya yang terletak di Masjid al
Haram. Di antara kitab yang pernah dipelajari daripadanya ialah Kitab Dalil al
Falihin dan beliau telah mengijazahkan secara khusus kitab sanad al Maslak al
Jali kepadanya.
AL HABIB SOLEH AL ‘AIDARUS. Beliau ialah murid Sayyid
Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki.
SINGAPURA
TUAN GURU HAJI ABDUL RASHID BIN SYEIKH HAJI MUHAMMAD SA’ID –
Matla’ al Badrain dan Sair al Salikin. Orang pertama yang mengijazahkan Tariqat
Ahmadiah kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sewaktu berusia 8 tahun.
SYEIKH AHMAD SONHAJI. Beliau telah mengijazahkan Syeikh
Muhammad Fuad al Maliki kitab tafsirnya yang masyhur, ‘Ibra al Athir di Majlis
Agama Islam Singapura ketika beliau menghadiri majlis ceramah Syeikh Muhammad
Fuad al Maliki di sana.
SAYYID AHMAD SEMAIT. Beliau telah mengijazahkan kepada
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki semua kitab karangan dan terjemahannya.
Antara karya beliau ialah:
Rasulullah dan Sirah
1. Rasulullah dari Perspektif Imam Syafi’i
2. Maulid Nabi dalam Necara Nabawi
3. Rantaian Nasab Nabi
4. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
5. Hukum Menghina Nabi
6. Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur
7. Keunggulan Rasulullah
8. Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan)
9. Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan)
10. Keistimewaaan Rasulullah
11. Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan)
12. Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj
Manaqib dan Biografi
1. Sayyid Ahmad ibn Idris
2. Al Maliki: Ulama’ Rabbani Kurun ke-21
3. Hujjah al Islam Imam al Ghazali
4. Mendekati Sayyid Ja’afar al Barzanji
5. Al Imam Abu Hasan al ‘Asy’ari
6. Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti
7. Biografi Syeikh Muhammad Harith
8. Manaqib Sayyidah Khadijah al Kubra
9. Sayyid Ibrahim al Rasyid
Tasawwuf
1. Hubungan Tasawuf Dengan Sunnah
2. Kewajipan Bertasawwuf (Terjemahan)
3. Qatr al Ghaithiyyah (Semakan dan Cetakan semula)
4. Hikam Abi Madyan (Semakan dan Cetakan Semula)
5. Hikam Syeikh Raslan (Terjemahan)
6. Adab-adab Salikin (Adaptasi)
7. Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam
8. Adab Tariq (Terjemahan)
Zikir dan Amalan
1. Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar (Terjemahan
Syawariq al Anwar)
2. Lautan Zikir Ahli Arifin
3. Perisai Tiga Kekasih Allah
4. Kanz al Sa’adah (Tahqiq dan Terjemahan)
5. Ahzab wa Aurad Manhaj al Ahmadi al Idrisi (Tahqiq)
6. Doa Majlis Sayyid Ahmad ibn Idris
7. Aurad Ahmadiah dan Ratib Haddad
8. Hizib Bahr
9. Hizib al Imam Ghazali
10. Hizib Imam Nawawi
11. Salawat 40 (Terjemahan)
12. Manzumah Tawassul Asma’ al Husna (Cetakan Semula)
13. Amalan Bulan Rejab
14. Doa Malam Nisfu Sya’ban
15. Tazkirah Ramadhan
16. Amalan Bulan Safar al Khair
17. Amalan Bulan Zulhijjah
18. Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura
19. Doa Untuk Ibu bapa dan Anak-anak
20. Duru’ al Wiqayah bi Ahzab al Himayah (Cetakan semula)
21. Surah Yaasin Kaifiat dan Doanya
22. Doa Sayyid Ibrahim al Rasyid
23. Wasilah Para ‘Abid
24. Doa Angin Ahmar
25. Amalan Memudahkan Rezeki
26. Amalan Menguatkan Ingatan dan Menghindari Was-was
27. Himpunan Ayat-ayat Penjaga
28. Solat Sunat Sayyid Ahmad ibn Idris
29. 40 Salawat Pilihan Ke atas Nabi
30. Jampi Penawar Dari al Quran (Terjemahan)
31. Ratib Hari Jumaat
32. Pendinding Diri
33. Amalan Menolak Wabak dan Bala
Aqidah dan Tauhid
1. Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
2. Qawa’id al ‘Aqaid (Terjemahan)
3. Wahhabisme Dari Neraca Syara’
4. Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
5. Penjelasan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
6. Agamamu Dalam Bahaya (Terjemahan)
7. I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Cetakan semula)
8. Aqidah Awam (Terjemahan)
9. Pendapat Ahli Sunnah Yang Bertentangan Dengan Pendapat
Wahhabi (Terjemahan)
Tafsir
1. Tafsir Surah al Fatihah (Tahqiq)
2. Tafsir Surah Dhuha
3. Tafsir Surah al Insyirah
4. Tafsir Surah al Kauthar
5. Tafsir Surah Yaasiin
Hadith
1. Musyahadah Ruh Insan Bertaqwa (Terjemahan)
2. Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait (Terjemahan)
3. Kelebihan Memelihara dan Membiaya Anak Yatim
4. Kelebihan al Quran (Terjemahan)
5. Mutiara Nabawi (Terjemahan)
6. Mutiara Sa’adah (Terjemahan)
7. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
8. Hidayah al Mukhtar (Terjemahan)
9.Galakan Melakukan Amal Kebaikan (Terjemahan)
Feqah
1. Munyah al Musolli (Tahqiq)
2. Safinah al Naja (Terjemahan)
3. Hukum Membaca Basmalah
4. Hukum Mengikut Imam Yang Menyalahi Mazhab Makmum
5. Posisi Imam Ketika Solat Jenazah
6. Pendapat Ulama’ Hukum Mencium Tangan
Sanad dan Ijazah (Athbat)
1. Al Musalsalat al ‘Asyarah
2. Al Toli’ al Sa’id (Bahasa Arab)
3. Kunuz al Anwar al Muntakhab min Asanid al Akhyar (Bahasa
Arab)
4. Al Jawahir al Ghawali min Asanid al Imam al Azhari
(Bahasa Arab)
5. Musalsal Orang-orang Mulia
6. Al Yaqut al Nafis min Asanid al Muhaddith Sayyid Ahmad
ibn Idris. (Bahasa Arab)
7. Fath al Rahman bi Asaniid Mufti Nejri Sembilan (Bahasa
Arab)
8. Al Bahjah al Mardiyyah fi Musalsalat al Rembawiyyah
(Bahasa Arab)
9. Bulugh al Amani al Muntakhab min al Musalsalat al Maliki
(Bahasa Arab)
10.Sanad al Aurad al Qusyasyiah
11.Al Manhal al Karim fi Asaniid al Quran al ‘Azim (Bahasa
Arab)
Lain-lain
1. Kefahaman Yang Wajib diperbetulkan (Terjemahan Mafahim
Yajibu an Tusohhah)
2. Akhlak Salafussoleh (Terjemahan)
3. Qudwah Hasanah Dalam Manhaj Dakwah
Saya ucapkan tahniah kepada pembaca kerana membaca dengan penuh kesabaran dan teliti. Sekali lagi saya ucapkan, TAHNIAH!!!!!!!
100% copy n paste......
No comments:
Post a Comment