MERUPAKAN TANDA PERTAMA DARIPADA ALLAH KEPADA HAMBANYA DAN HANYA AKAN DISEDARI OLEH MEREKA YANG DIKEHENDAKINYA. WALAU BAGAIMANAPUN SEMUA ORANG ISLAM AKAN MENDAPAT TANDA INI CUMA MEREKA SEDAR ATAU TIDAK SAHAJA.TANDA INI AKAN BERLAKU LAZIMNYA SELEPAS WAKTU ASAR. SELURUH TUBUH IAITU DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI AKAN MENGALAMI GETARAN ATAU SEAKAN AKAN MENGGIGIL. CONTOHNYA SEPERTI DAGING LEMBU YANG BARU DISEMBELIH. JIKA DIPERHATIKAN DENGAN TELITI KITA AKAN MENDAPATI DAGING TERSEBUT SEAKAN-AKAN BERGETAR. TANDA INI RASANYA LAZAT DAN BAGI MEREKA SEDAR DAN TERDETIK DIHATI BAHAWA MUNGKIN INI ADALAH TANDA MATI MAKA GETARAN AKAN HILANG DAN HILANG SETELAH KITA MENYEDARI TANDA INI. BAGI MEREKA YANG TIDAK DIBERI KESEDARAN ATAU HANYUT DENGAN KENIKMATAN TANPA MEMIKIRKAN SOAL KEMATIAN, TANDA INI AKAN LENYAP BEGITU SAHAJA TANPA SEBARANG MANFAAT. BAGI YANG SEDAR AKAN TANDA INI MEMBERI PELUANG TERBAIK UNTUK MEMANFAATKAN MASA YANG ADA UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN AMALAN DAN URUSAN YANG AKAN DIBAWA ATAU DITINGGALKAN SESUDAH MATI.
TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI
TANDA INI JUGA AKAN BERLAKU SELEPAS WAKTU ASAR. BAHAGIAN PUSAT KITA AKAN BERDENYUT-DENYUT. PADA KETIKA INI DAUN YANG TERTULIS NAMA KITA AKAN GUGUR DARI POKOK YANG LETAKNYA DI ATAS ARASH ALLAH MAKA MALAIKAT MAUT AKAN MENGAMBIL DAUN TERSEBUT DAN MULA MEMBUAT PERSEDIAANNYA ANTARANYA IALAH IA AKAN MULA MENGIKUTI KITA SEPANJANG MASA. AKAN TERJADI MALAIKAT MAUT INI AKAN MEMPERLIHATKAN WAJAHNYA SEKILAS LALU DAN JIKA INI TERJADI MEREKA YANG TERPILIH INI AKAN MERASAKAN SEAKAN-AKAN BINGUNG SEKETIKA. ADAPUN MALAIKAT MAUT INI WUJUDNYA CUMA SEORANG TETAPI KESANNYA UNTUK MENCABUT NYAWA ADALAH BERSAMAAN DENGAN JUMLAH NYAWA YANG AKAN DICABUTNYA.
TANDA 7 HARI SEBELUM HARI MATI
TANDA INI AKAN HANYA AKAN DIBERIKAN HANYA KEPADA MEREKA YANG DIUJI DENGN MUSIBAH KESAKITAN DI MANA ORANG YANG SAKIT YANG TIDAK MAKAN SECARA TIBA-TIBA BERSELERA UNTUK MAKAN.
TANDA 3 HARI SEBELUM HARI MATI
PADA KETIKA INI AKAN TERASA DENYUTAN DI BAHAGIAN TENGAH DAHI KITA IAITU ANTARA DAHI KANAN DENGAN KIRI. JIKA TANDA INI DAPAT DIKESAN MAKA BERPUASALAH KITA SELEPAS ITU SUPAYA PERUT KITA TIDAK MENGANDUNGI BANYAK NAJIS DAN INI AKAN MEMUDAHKAN URUSAN ORANG YANG MEMANDIKAN KITA NANTI. KETIKA INI JUGA MATA HITAM KITA TIDAK AKAN BERSINAR LAGI DAN BAGI ORANG YANG SAKIT HIDUNGNYA AKAN PERLAHAN-LAHAN JATUH DAN INI DAPAT DIKESAN JIKA KITA MELIHAT DARI BAHAGIAN SISI. TELINGANYA AKAN LAYU DI MANA BAHAGIAN HUJUNGNYA AKAN BERANSUR-ANSUR MASUK KE DALAM, TELAPAK KAKINYA YANG TERLUNJUR AKAN PERLAHAN-LAHAN JATUH KE DEPAN DAN SUKAR DITEGAKKAN.
TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
AKAN BERLAKU SELEPAS WAKTU ASAR DAN KITA AKAN MERASAKAN SATU DENYUTAN DI SEBELAH BELAKANG, IAITU KAWASAN UBUN-UBUN DI MANA INI MENANDAKAN KITA TIDAK AKAN SEMPAT MENEMUI WAKTU ASAR KEESOKAN HARINYA.
TANDA AKHIR
KITA AKAN MERASAKAN SATU KEADAAN SEJUK DI BAHAGIAN PUSAT DAN RASA AKAN TURUN KE PINGGANG DAN SETERUSNYA AKAN NAIK KE BAHAGIAN HALKUM. KETIKA INI KITA HENDAKLAH KITA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH DAN BERDIAM DIRI DAN MENANTIKAN KEDATANGAN MALAIKAT MAUT UNTUK MENJEMPUT KITA KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T YANG TELAH MENGHIDUPKAN KITA DAN SEKARANG AKAN MEMATIKAN KITA PULA.
No comments:
Post a Comment